Siri Tutorial WordPress #8 : Panduan upload plugin ke blog WordPress

Macam mana dengan perkembangan setting up blog kau? Seronok tak guna WordPress? Aku harap kau dapat biasakan diri untuk berblogging dengan menggunakan WordPress jika sebelum ni kau menggunakan Blogger. Untuk entri kali ini, aku nak guide kau untuk upload plugin ke blog WordPress kau tu.
Apa kejadah pulak plugin WordPress ni? Yang aku pasti, plugin WordPress ni tak ada kena mengena dengan soket plug elektrik yang ada kat rumah kau tu. Tapi, kalau kat rumah kau tak ada soket elektrik tu, tak dapat plak kau nak bukak komputer untuk blogging, kan? Takkan tiap-tiap hari nak lenjan komputer and internet kat pejabat je untuk blogging? Bukan main berkat lagi duit gaji kau tiap-tiap bulan? hehe.
Plugin WordPress membolehkan pengguna WordPress untuk meluaskan lagi kegunaan WordPress daripada yang sedia ada. Kira macam penambah perisa dalam sistem WordPress la. Jumlah plugin WordPress yang ada di laman web plugin wordpress ketika aku tulis entri ni pun dah mencecah 9777 dan still counting, tunggu untuk kau download dan guna je. Tapi kau jangan la pulak guna 9777 plugin tu sekaligus, nanti Bill Gates pun geleng kepala.
Kau boleh pilih plugin mana yang kau nak guna di laman web plugin WordPress tu. Ikut selera masing-masing lah. Tapi disini aku senaraikan plugin yang aku guna untuk blog ciput aku ni berserta dengan kegunaannya.
1. All in One SEO Pack - Digunakan untuk Search Engine Optimization, senang entri nak di index oleh Google and Yahoo.
2. Dagon Design Sitemap Generator – Digunakan untuk buat page Sitemap.
3. Disqus Comment System – Digunakan untuk manage comment.
4. LinkWithin – Digunakan untuk memaparkan entri yang berkaitan berserta gambar thumbnail.
5. Login Lockdown – Digunakan untuk keselamatan tambahan untuk login di wp-admin.
6. Repost Me Icon Bar – Untuk memudahkan pembaca kongsi entri ke laman Social Networking dan Bookmarking.
7. Smilies Themer & Smilies Themer Toolbar – Mudah untuk masukkan smiley ke dalam entri dan comment.
8. Top Commentators Widget – Untuk memaparkan tukang komen yang paling aktif.
9. WordPress Automatic Upgrade – Mudah untuk upgrade WordPress ke versi baru di masa akan datang.
10. WordPress Backup – Digunakan untuk backup theme dan gambar.
11. WordPress Database Backup – Digunakan untuk update database.
12. WordPress Exploit Scanner – Digunakan untuk scan coding yang dieksploitasi dalam file-file WordPress.
13. WordPress Popular Posts – Memaparkan entri yang mempunyai jumlah bacaan tertinggi.
14. WP-Directory – Untuk buat page Backlink Percuma.
15. WP-SpamFree – Untuk manage comment yang bertujuan untuk spam.
Aku dah share plugin yang aku guna, seterusnya aku tunjuk cara paling mudah nak upload dan install plugin ke dalam blog WordPress.
1. Macam biasa, login blog WordPress kau melalui wp-admin.
2. Klik pada Arrow “Plugin” dan klik pada link “Add New”

3. Kau akan nampak search box di laman tu. Ko taipkan keyword plugin yang kau nak guna.

4. Klik pada link “Install” yang berada di sebelah kanan plugin yang kau nak.

5) Akan keluar satu box yang beritahu serba sedikit tentang plugin tersebut. Klik “Install Now”.

6. Isikan maklumat akaun FTP kau. Jika belum ada, refer entri aku tentang akaun FTP. Klik butang “Proceed”.

7. Biarkan beberapa ketika untuk proses install. Selepas proses install selesai, boleh klik pada link “Activate Plugin” untuk aktifkan plugin.

8. Kau dah berjaya install plugin yang kau nak, dan boleh ubah setting mengikut citarasa sendiri.
Entri kali ni dah sampai ke penghujungnya. Jika ada sebarang kemusykilan, sila ajukan pada ruang komen. Oh, sebelum aku terlupa, jika kau dah ada blog, boleh lah masukkan link blog kau ke direktori percuma aku. Mudah untuk aku dan pembaca blog ni untuk lawat blog kau nanti. Jumpa lagi di tutorial seterusnya tentang mempertingkatkan keselamatan/sekuriti blog WordPress.
Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.
Ditulis oleh

7 Comments
July 20th, 2010 at 12:46 am
Thank you. Harap bermanfaat.
August 16th, 2010 at 7:08 am
senang bila ada orang review pasal plugin ni. tak yah test2 dah. beberapa plugin yang dicadangkan sudah dimasukkan ke blog. terima kasih atas perkongsian.
September 6th, 2010 at 2:23 pm
Sama-sama. Harap bermanfaat.
February 5th, 2011 at 4:11 am
kenapa dalam wordpress saya xde slot untuk plugin ni puas saya cari xjumpa…
February 5th, 2011 at 3:15 pm
Maksud bro option untuk plugin ni ke? Boleh spesifik sikit tak? senang saya nak bantu nanti.
February 5th, 2011 at 9:15 pm
dekat dalam dashbord wordpress saya xde untuk bar option plugin jadi bila saya nak upload untuk plugin yang saya nak gunakan untuk blog saya xbolehla..macam dekat blog ni selepas bar appearance ada bar untuk plugin tapi saya xde bar plugin tu,,puas carii…xtau mana hilangnya..ke memang wordpress xletak…??
February 7th, 2011 at 8:37 am
Ish, tak mungkin wordpress tak letak. By the way, ko gunakan blog wordpress.com yang free or hosting sendiri? Kalau wordpress.com tu memang takde la.. =_=