May
15

Siri Tutorial WordPress #7 : Panduan upload theme ke blog WordPress

Kali ini aku nak guide kau kepada cara-cara untuk upload themes yang kau suka atau berkenan ke blog WordPress yang kau dah install. Jika kau belum dapat bina blog WordPress lagi, mungkin kau ingin baca tutorial-tutorial WordPress aku yang lepas dahulu. Kalau kau terus baca entri ni tanpa baca entri-entri aku sebelum ni, mungkin kau ada masalah untuk memahami bahasa yang aku tulis ni. Nak bahasa tangan pulak? Hehe.

Kenapa perlu themes untuk blog WordPress? Themes WordPress perlu untuk pembaca blog kau dapat first impression tentang blog kau. Jika kau blogging tentang kucing, kau mesti nak dapatkan themes yang berkaitan dengan kucing untuk pembaca kau tahu yang kau bercerita tentang kucing. Takkan kau nak letak themes gajah pulak kalau kau blogging tentang kucing? Bukan ke dah lari dari topic tu?

Tutorial sebelum ni aku dah guide kau macam mana untuk setup akaun FTP dan login ke akaun FTP dengan menggunakan FileZilla. Aku harap kau tidak menghadapi masalah untuk bahagian tu, kerana apa yang aku akan ajar disini akan banyak melibatkan penggunaan FTP dan FileZilla.

Apa yang diperlukan dalam tutorial ini adalah akaun FTP, FileZilla dan file themes WordPress yang kau suka. Jika kau belum dapat themes WordPress yang kau suka, mungkin beberapa suggestion web dibawah dapat membantu kau dalam memilih themes WordPress idaman hati kau:

http://www.freewpthemes.net/

http://wordpressthemesbase.com/

http://www.freewordpressthemes4u.com/

http://www.themes2wp.com/

Kebanyakan orang nak theme WordPress yang unik and kalau boleh nak dia sorang je guna dalam dunia ni (masalah jugak ni..). Jika kau tergolong dalam golongan tu, mungkin beberapa tips dibawah yang aku asingkan mengikut kelas-kelas tertentu dapat membantu:

- Jika kau salah seorang program/design savvy,kau boleh ikuti tutorial bina themes WordPress  di WPDesigner.com

- Jika kau sangat sibuk tetapi duit dalam dompet sangat tebal, kau boleh upah wordpress theme designer di eches.netBel Koo atau KaiLoon .

- Jika kau malas dan tambahan lagi kau salah seorang manusia yang cheapskate, aku tak ada tips untuk kau dalam hal ni. Serius. (Sendiri mau ingat la..)

Kalau dilihat dari blog aku ini, aku cuma menggunakan wordpress theme yang dah sedia siap, ya, aku agak cheapskate tapi aku rajin dari kau, hehe. Aku cuma tukarkan header sahaja untuk nampak unik. Tetapi semuanya bergantung pada selera kau, sebab lain manusia, lain seleranya. Aku pun mungkin akan consider untuk upah freelance wordpress theme designer nanti, bosan pulak dengan theme ni. hehe.

Okay, kau dah dapat themes WordPress yang kau suka? Bagus, kita teruskan dengan cara untuk upload dan install theme yang kau dah pilih ke blog WordPress kau pulak.

1) Selalunya file themes WordPress dah dicompress dalam Zip atau Rar files. Extract file tersebut di desktop. Right click pada file tersebut dan klik pada “Extract here”. Pastikan file themes tersebut hanya dalam satu folder.

2) Buka FileZilla dan login akaun FTP kau.

3) Pada ruang file dan folder web hosting (sebelah kanan) , klik folder “wp-content” -> “themes”

4) Pada ruang file dan folder PC kau (sebelah kiri), cari folder themes yang kita extract tadi.

5) Klik dan drag folder themes tersebut dari ruang kiri ke ruang kanan.

6) Tunggu folder themes tersebut diupload ke web hosting sampai siap. Kau akan nampak ruang status tulis “Directory listing successful” bila sesi upload kau dah selesai.

7) Taipkan di web browser “http://www.domainkau.com/wp-admin” (gantikan domainkau.com kepada nama domain kau) dan login ke dalam blog WordPress kau.

8 ) Klik kepada “Appearance” -> “Themes”

9) Klik link “Activate” pada themes yang kita dah upload tadi. (Kau boleh klik pada “Preview” dahulu untuk lihat bagaimana themes ini berfungsi pada blog kau dahulu sebelum klik pada “Activate”)

10) Enjoy blogging di blog kau dengan themes yang baru!

Aku rasa setakat ini sahaja tutorial untuk kali ini. Tutorial yang seterusnya aku akan guide kau untuk upload plugin ke blog WordPress kau. Jika kau ada problem mengikuti tutorial aku ni, sila jangan segan silu untuk tinggalkan komen kat bawah.

p/s: Aku dah letak widget top commentators, maybe lepas ni aku boleh consider untuk buat contest tukang komen paling banyak kot? hehe.

Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.


Ditulis oleh pada 15 May 2010
Gula-Gula Google:bagaimana untuk menjadi blogger cara guna tema wordpress cara install wordpress cara upload theme wordpress File Transfer Protocol FTP guide FTP instruction how to install wordpress how to use fantastico tutorial install wordpress guna fantastico install wordpress mudah menggunakan fantastico panduan daftar FTP panduan FileZilla Panduan menggunakan FTP tema wordpress tutorial guna fantastico tutorial install wordpress

2 Comments

1

hello brobagus entri ko nisangat2 berguna bg mereka yg nk belajo psl wordpressaku pon kena berguru dr ko nampaknya.. hehe

2

Aku takde la sifu dalam WordPress ni, just sharing benda yang aku tahu je.Harap dapat membantu ko bro~ Nanti aku akan buat tutorial lain plak.Hehe.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]