May
13

Siri Tutorial WordPress #6 : Panduan daftar akaun FTP dan gunakan software FTP

Kita dah sampai ke siri ke enam dalam Siri Tutorial WordPress ni. Untuk entri kali ini, aku ingin menerangkan tentang penggunaan FTP dahulu sebelum kita pasang themes dan plugin ke dalam blog WordPress. Jika kau belum install WordPress ke dalam web hosting, kau mungkin ingin baca Cara mudah untuk install wordpress ke web hosting dahulu.

FTP adalah nama singkatan daripada File Transfer Protocol. FTP digunakan untuk memindahkan fail diantara komputer di dalam satu network. Untuk diaplikasikan dalam tutorial kita ni, FTP digunakan untuk memindahkan fail yang ada dalam komputer kita ke dalam web hosting / web server.

Sebelum kita dapat menggunakan FTP, kita perlu setup satu akaun FTP melalui Control Panel yang disediakan oleh web hosting yang kita sewa. Caranya adalah seperti berikut :

1) Login ke dalam akaun Cpanel.

2) Klik pada button “FTP Accounts” di bahagian “Files”.

3) Isikan butir-butir yang diperlukan seperti “Login” dan “Password”. Kau boleh isikan di ruang “Directory” jika kau ingin referkan akaun ini ke folder yang khusus. Jika tidak tahu apakah maksud aku, sila abaikan ruang tersebut (jangan risau, tidak begitu penting) dan terus klik pada butang “Create FTP account” untuk mendaftar akaun FTP yang baru.

Sekarang, kau sudah mempunyai satu akaun FTP yang boleh digunakan untuk upload kan theme dan plugins ke dalam blog. Tetapi kau perlu satu tools atau software untuk upload themes dan plugins dengan menggunakan akaun FTP yang kau baru buat tadi.

Software FTP saranan Faeiz.com

Aku saran untuk kau menggunakan software FTP FileZilla untuk upload themes dan plugin yang kau suka kedalam web hosting. Ini adalah kerana FileZilla sangat mudah digunakan dan paling penting sekali ianya boleh didownload secara percuma di http://filezilla-project.org/.

Berikutnya ialah cara untuk kau login ke dalam akaun FTP dengan menggunakan software FileZilla.

1) Buka software FileZilla yang baru kau install.

2) Isikan ruang host dengan “ftp@namadomain.com” gantikan namadomain.com dengan nama domain kau jika kau sudah integratekan domain ke webhosting. Jika belum, sila baca entri aku Panduan untuk arahkan nama domain ke webhosting dahulu. Kemudian isikan ruang “username” dan “password” mengikut akaun FTP yang  kau dah buat tadi. Abaikan ruang “port”.

3) Tekan butang “Enter”.

Jika sesi login kau berjaya, kau akan nampak folder dan fail di ruang bahagian kanan. Ruang fail dan folder disebelah kanan adalah fail dan folder yang terdapat di web hosting kau, manakala di ruang fail dan folder sebelah kiri adalah fail dan folder di dalam komputer kau.

Entri ini tamat disini, tutorial seterusnya kita akan teruskan dengan cara mengupload themes dan plugin ke dalam blog WordPress. Jumpa lagi di entri seterusnya.

Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.


Ditulis oleh pada 13 May 2010
Gula-Gula Google:bagaimana untuk menjadi blogger cara install wordpress File Transfer Protocol FTP guide FTP instruction how to install wordpress how to use fantastico tutorial install wordpress guna fantastico install wordpress mudah menggunakan fantastico panduan daftar FTP panduan FileZilla Panduan menggunakan FTP tutorial guna fantastico tutorial install wordpress

1 Comments

1

Thanks for the additional info :)

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]