Siri Tutorial WordPress #4 : Panduan untuk arahkan nama domain ke web hosting

Anda sudah dapatkan domain dan web hosting? Jika belum, sila baca entri sebelumnya yang bertajuk menyewa tapak web hosting dan nama domain dahulu. Jika sudah, bagus, kita teruskan tutorial kali ini dengan cara untuk mengarahkan domain ke web hosting.
Untuk contoh didalam video ini, saya anggap anda melanggan nama domain di GoDaddy.com dan web hosting yang mempunyai Cpanel. Sila ikuti panduan langkah demi langkah dalam video dibawah:
Video ini dirakamkan oleh video maker yang baru belajar.Sebarang kritikan membina,akan diterima. Kritikan menjatuhkan,simpan dalam hati sudah.harap maklum. hehe!
Transkrip video:
- Buka email yang dihantar oleh webhosting dan cari NameServers.
- Login akaun GoDaddy.
- Klik pada “View in Domain Manager”
- Klik pada domain yang ingin diarahkan ke web hosting.
- Cari bahagian NameServer dan klik pada “Manage”
- Klik pada radio button “I have specific nameservers for my domain”
- Copy nameservers yang diberikan dalam email webhosting dan paste pada ruang nameservers.
- Klik “OK”
- Biarkan selama satu jam sebelum domain anda di propagate ke arah web hosting.
Aku tak pasti kau dapat paham ke tidak jika ikut video yang aku rekod tu. Video tu baru peringkat awal, aku harap aku akan buat video elok sikit di masa akan datang nanti sebab aku pun menyampah tengok video ni. Kalau ada pertanyaan, sila tanya di ruang komen. Jumpa lagi di entri yang baru.
Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.
Ditulis oleh

2 Comments
August 9th, 2011 at 7:49 pm
Wow amazing post i am very happy please check my blog.
My recent post Love Is often a Decision, Not A Feeling
August 10th, 2011 at 8:49 pm
Thanks, nice blog you got there, mate.