Siri Tutorial WordPress #3 : Menyewa tapak web hosting dan nama domain

Kita sambung siri tutorial wordpress ini dengan tajuk menyewa tapak web hosting dan nama domain.
Web hosting adalah satu ruang di server yang perlu kita sewa dengan bayaran bulanan atau tahunan untuk memaparkan website kita pada dunia internet. Kos bayaran bergantung kepada berapa kapasiti bandwidth dan webspace.
Bandwidth adalah kadar maksimum transmisi data dari server ke pengunjung web untuk jangkamasa sebulan (untuk servis webhosting normal). Sekiranya anda menjangkakan web atau blog anda akan mempunyai ramai pelawat dalam masa sebulan, seeloknya anda mengambil pakej web hosting yang besar dari segi bandwidth agar tiada masalah limitation bandwidth akan berlaku.
Webspace pula adalah kapasiti ruang di server yang biasanya dinilai menggunakan bytes. Berapa banyak webspace yang diperlukan oleh seseorang adalah sesuatu yang tidak dapat dibincangkan kerana ia bergantung kepada pengguna itu sendiri.
Tetapi bagi anda yang mengikuti siri tutorial wordpress ini, aku cadangkan anda dapatkan sekurang-kurangnya webhosting yang mempunyai 100 Megabytes webspace dan 4 Gigabytes bandwidth untuk projek membina blog anda yang petama ini. (Jangan risau, anda boleh upgrade ke pakej yang lebih besar di masa depan jika diperlukan nanti..)
Servis Web Hosting saranan Faeiz.com
Aku ingin sarankan anda menggunakan servis webhosting di SealServer. Saranan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri bersama mereka dan kadar respons upload/download di FTP yang sangat laju. Support mereka juga sangat friendly dan banyak membantu aku. Jika anda berminat, sila klik ke SealServer sekarang.
Namun, sekiranya anda ingin menggunakan servis webhosting lain, anda boleh mencuba NetKL, Exabytes, BaitulBytes, Jomhosting dan lain-lain. Daripada banyak-banyak servis tu, aku dapati NetKL paling reliable kerana tak banyak complaint dari customer tentang servis mereka.
Mungkin juga duit dalam dompet anda sangat tebal dan berminat dengan perkhidmatan hosting luar negara seperti HostGator dan LunarPages . (Harga? Sendiri mau faham la kalau dah dalam rate USD. Bayar bulanan plak tu..tetapi sesuai dengan pakej yang mereka tawarkan).
Beberapa tips untuk menilai syarikat webhosting yang bagus.
- kelajuan dari segi load website.
- mempunyai peratusan Up-Time yang tinggi.
- harga yang berpatutan dengan pakej yang ditawarkan.
- servis support yang baik. (kalau 24jam/7hari lagi bagus)
Nama domain adalah nama unik yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Biasanya nama domain akan dimulakan dengan www dan diakhiri dengan (dot) com, (dot) info dan lain-laini.
Servis Nama Domain saranan Faeiz.com
Untuk nama domain, aku hanya dapat sarankan di GoDaddy.com kerana selama aku menggunakan perkhidmatan diorang, tidak pernah mengecewakan aku. Tambahan lagi terdapat berbagai-bagai coupon yang dapat digunakan untuk membeli nama domain dari pihak mereka dengan harga yang lebih murah. Sudah bersedia untuk membeli nama domain? sila ke GoDaddy.com untuk pembelian melalui PayPal atau Kad kredit.
Tips membeli nama domain
- Sebelum pembelian, dapatkan coupon diskaun Godaddy dahulu.
- Sebaik-baiknya, gunakan domain (dot) com.
- Pilih nama domain yang pendek dan mudah untuk diingat.
- (Optional) Pilih nama domain berkaitan topik@niche web/blog anda.
Itu sahaja untuk hari ini, kita jumpa lagi di entri yang baru nanti untuk teruskan tutorial ini.
Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.
Ditulis oleh

6 Comments
May 8th, 2010 at 7:04 am
best best. br phm skit. thks bro
May 8th, 2010 at 7:28 am
Welcome, harap nanti dapat paham banyak pulak. hehe.
May 9th, 2010 at 2:53 am
it's important to get a good reliable webhost =)
May 9th, 2010 at 4:00 am
Yes, you're right, Kenwooi. By the way, which web host did you used to host your blog?
May 10th, 2010 at 5:50 am
thanks for the tutorail!.now i know the diffence between hosting and domain
May 10th, 2010 at 5:57 am
Hope the article help you a lot. At first want to blog about this in English, but my English is too poor. LOL!