May
07

Siri Tutorial WordPress #2: Tentukan hala tuju blog

Menentukan hala tuju blog merupakan satu perkara asas yang perlu dibuat oleh semua bloggers kerana perkara ini akan menguntungkan bagi blogger itu sendiri dari segi traffic dan target golongan pembaca.

Dari perancangan hala tuju blog ini, seseorang blogger itu akan dapat merancang apa yang perlu ditulis didalam blog tersebut di masa hadapan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu seseorang bloggers itu perlu rancang,korang perlu jawab soalan-soalan berikut untuk mendapat hala tuju blog korang:

1. Adakah kandungan blog korang itu dapat membantu pembaca untuk menyelesaikan masalah?
2. Adakah kandungan blog korang merupakan kehendak pembaca?
3. Adakah korang ada pengalaman luas dalam kandungan blog anda?
4. Adakah korang enjoy ketika menulis isi kandungan untuk blog itu?
5. Apakah jenis orang yang anda ingin jadi pembaca blog korang?

Lima soalan ini merupakan langkah yang penting untuk korang menentukan hala tuju blog korang. Berikut adalah contoh kepada situasi untuk menjawab soalan-soalan diatas.

Situasi: Ali pernah bekerja di kedai elektronik dan ingin membuat blog tentang memasang litar elektronik.

Ali akan menjawab soalan diatas seperti berikut:

1. Ya, kandungan blog Ali akan membantu pembaca dalam masalah untuk memasang litar elektronik.

2. Ya, kerana Ali kerap diajukan soalan oleh orang ramai bagaimana untuk memasang litar elektronik.

3. Ya, kerana Ali pernah bekerja di kedai elektronik sebagai technician.

4. Ya, kerana minat Ali adalah kearah elektronik.

5. Pembaca tumpuan Ali adalah orang yang mempunyai masalah dalam memasang litar elektronik.

Secara kesimpulannya, dengan menentukan hala tuju blog,korang dapat menentukan sama ada blog korang mempunyai demand atau tidak. Ya, minat sangat ditekankan disini sebab dengan minat sahaja seorang blogger itu akan terus menulis dan tidak hadapi masalah untuk mendapatkan topik untuk ditulis.

Korang dah dapat idea untuk blog korang? Bagus, kita akan teruskan dengan Tools diperlukan untuk memulakan blog WordPress di entri yang baru nanti.

Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.


Ditulis oleh pada 7 May 2010
Gula-Gula Google:ajax wordpress best wp themes blog template blog theme blog themes blogger themes blogging themes commercial wordpress themes free wp themes how to install wordpress how to make a wordpress theme how to make wordpress themes how to tutorial how to use wordpress tutorial how to wordpress music wordpress template music wordpress theme photoblog themes premium wp theme premium wp themes templates themes

2 Comments

1

TIps mu sungguh bermanfaat sahabat :D

2

Terima kasih, sahabat. Ini hanya perkongsian ilmu dari newbie sahaja, blog kamu banyak tips yang lagi advance. hehe.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]