May
06

Siri Tutorial WordPress #1: Kenapa perlu guna WordPress?

Terdapat banyak perkhidmatan blog percuma di internet seperti blogger.com, wordpress.com dan livejournal.com . Pernah tak korang menggunakan perkhidmatan blog tersebut?

Memang seronok menggunakan benda yang tak payah membayar ni, tetapi ada satu perkara besar yang mungkin korang tak sedar ketika seronok menggunakan perkhidmatan diorang ni, iaitu..

Blog tersebut bukan milik korang. (jangan nak perasan.. :mrgreen: )

Bila-bila masa sahaja, pihak blogger boleh tendang korang keluar dari perkhidmatan diorang sekiranya korang melanggar Terms of Service diorang. (Err, korang pernah baca tak Terms of Service diorang? yang hadooo..hehe.)

Sekiranya korang menggunakan perkhidmatan blog-blog percuma ni untuk bisnes, mesti korang rasa nak pergi bom je diorang tu kalau diorang ‘tendang’ korang keluar,kan? Ini la antara sebab utama kenapa bisnes-bisnes besar tidak menggunakan blog percuma untuk memasarkan produk diorang.

Jadi, satu jalan keluar adalah dengan memiliki blog WordPress yang dihostkan di hosting sendiri. Terdapat beberapa lagi kelebihan menggunakan blog WordPress yang aku baca di pengendaliblog.com, antaranya adalah:

1) WordPress sangat tersusun dari segi coding dan interface. Coding yang sangat mudah difahami.

2) Banyak theme dan plugin percuma yang dapat digunakan.

3) WordPress mempunyai ahli komuniti yang aktif dan ramai untuk membantu.

Harap korang dapat bezakan wordpress.com dan wordpress.org kerana kedua-duanya adalah berbeza. WordPress.com menyediakan perkhidmatan blog percuma seperti blogger tetapi menggunakan platform WordPress, manakala wordpress.org pula digunakan untuk mendapatkan blog script wordpress yang akan di host kan di hosting sendiri.

Dapat faham serba sedikit tentang WordPress? Kita akan teruskan tentang menentukan hala tuju blog di entri baru nanti.

Entri ini adalah kesinambungan daripada Siri Tutorial WordPress. Ikuti Siri Tutorial WordPress ini dari awal.


Ditulis oleh pada 6 May 2010
Gula-Gula Google:ajax wordpress best wp themes blog template blog theme blog themes blogger themes blogging themes commercial wordpress themes free wp themes how to install wordpress how to make a wordpress theme how to make wordpress themes how to tutorial how to use wordpress tutorial how to wordpress music wordpress template music wordpress theme photoblog themes premium wp theme premium wp themes templates themes

2 Comments

1

Em, pakai wordpress memang best..rugi sapa yg tak guna wordpress ni..

2

Betul, wordpress sangat best. Segan plak bila abang otai computer datang comment kat blog ni. hehe.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]