Siri Tutorial WordPress #0 : Pengenalan dan Isi kandungan

Tidak tahu apa itu WordPress? Sebagai ringkasan, WordPress adalah open source CMS yang digunakan secara meluas untuk blogging berstrukturkan PHP dan MySQL. Kalau korang nak baca lagi pasal WordPress, sila ke ” Wikipedia: WordPress“.
Bila korang baca pasal post ini, aku percaya 95% daripada korang ingin belajar bagaimana untuk kendalikan blog WordPress yang dihostkan di hosting sendiri. Sila ucap tahniah dan tepuk tangan untuk diri sendiri sebab ingin belajar pasal benda ni. *tepuk* *tepuk*
Aku harap aku akan dapat buat siri tutorial ini selengkap yang mungkin dan setiap post aku coretkan melalui pengalaman sendiri dan dengan bantuan dari sedikit research yang aku buat.
Namun, disini aku ingin nyatakan bukan semua orang boleh ikut tutorial ini, syarat-syarat untuk ikuti tutorial ini adalah :
1) Bersedia untuk membayar kos permulaan blog.
2) Keinginan untuk belajar dan membaca.
3) Sertai di ruang komen atau chat untuk sesi soal jawab, dengan cara ini dapat la kita belajar secara dua hala.Takde la aku mengomel sorang-sorang. (Email tak akan dilayan, aku kan artis? harap maklum. hehe.
)
Last but not least, harap siri tutorial ni dapat membantu semua orang yang ingin mengendalikan blog wordpress sendiri dan seterusnya menjadi salah seorang pro-blogger.
Berikut adalah isi kandungan Siri Tutorial WordPress:
Isi kandungan Siri Tutorial WordPress:
- Siri Tutorial WordPress #0 : Pengenalan dan Isi kandungan
- Siri Tutorial WordPress #1 : Kenapa perlu guna WordPress?
- Siri Tutorial WordPress #2 : Tentukan hala tuju blog
- Siri Tutorial WordPress #3 : Menyewa tapak web hosting dan nama domain
- Siri Tutorial WordPress #4 : Panduan untuk arahkan nama domain ke web hosting
- Siri Tutorial WordPress #5 : Cara mudah untuk install wordpress ke web hosting
- Siri Tutorial WordPress #6 : Panduan daftar akaun FTP dan gunakan software FTP
- Siri Tutorial WordPress #7 : Panduan upload theme ke blog WordPress
- Siri Tutorial WordPress #8 : Panduan upload plugin ke blog WordPress
- Siri Tutorial WordPress #9 : Tingkatkan keselamatan blog dari diceroboh
Ditulis oleh
1 Comments
May 5th, 2010 at 5:14 pm
Muse kata tak boleh nak kasi komen, kasi test tengok..