May
28

Aku akan sokong industri bola sepak tempatan jika…

Aku percaya ramai daripada peminat bola sepak lebih meminati liga-liga bolasepak antarabangsa seperti English Premier League, Sirie A dan lain-lain berbanding daripada liga bola sepak tempatan. Aku tak akan salahkan kau dalam hal ini sebab aku pun sama saja macam kau. Bukan la tak nak sokong industri bola sepak tempatan ni, tapi ada beberapa faktor yang membuatkan aku tak ada keinginan nak menyokong industri bola sepak kita ni.

Ops, jangan nak gunakan ayat “kalau kita tak sokong, sapa lagi nak sokong” sebab ayat tu adalah ayat seorang loser, bak kata Khai (aku tak cakap,aku anggukkan aje..hehe.). Disini aku listkan beberapa perubahan yang perlu dibuat untuk membuatkan aku dan seluruh rakyat Malaysia kembali menyokong industri bola sepak tempatan.

1) Biarkan kelab-kelab tempatan diterajui oleh orang-orang yang bekemampuan dan mempunyai minat untuk menerajuinya. Senang cerita, orang yang ada fulus dan minat pasal bola la. Jutawan dan Hartawan di Malaysia ni bukannya tak ada, kan? Yang masalahnya, kelab-kelab Malaysia sekarang ni diterajui oleh Sultan-Sultan..bukan aku cuba nak menderhaka (Ampun Tuanku, Daulat Tuanku), tapi apa rasionalnya?

2) Buka kembali peluang pemain import untuk beraksi dalam liga Malaysia. Seperti yang kita semua tahu, liga Malaysia adalah satu liga dalam dunia yang TIDAK menggunakan khidmat pemain import (unik?). Aku tak faham kenapa FAM ambil tindakan macam ni, adakah tujuannya untuk mencipta bintang bolasepak tempatan? Sampai sekarang aku masih tak nampak. Come on la, jangan nak hidup bawah tempurung sangat, pemain-pemain tempatan boleh belajar sesuatu yang berharga dari pemain luar. Kalau alasan korang kos mahal, aku sarankan bubarkan aje liga bola sepak Malaysia ni terus daripada buat liga yang orang tak nak sokong.

3) Andai pemain import kembali diterima masuk ke dalam Liga Malaysia, jangan la nak berat sebelah dalam soal gaji. Aku tahu la pemain import tu bagus, tapi biar la pemain tempatan pun dapat gaji yang lebih kurang. Jangan sampai pemain bola tempatan terpaksa buat bisnes pasar malam untuk sara anak bini. Kata nak sangat menggilap Superstar bolasepak tempatan, biar la dia tumpukan dalam bola sepak sahaja dengan gaji yang berpatutan. Baru la professional.

4) Last sekali, aku rasa politik tak payah la nak involve sangat dalam hal-hal sukan ni. Korang pun dah pecah belah, tak kan nak industri sukan pun berpecah belah? (Ops, terasa? Memang patut pun..)

Ini adalah luahan pendapat aku secara umum sahaja. Kepada sesiapa yang terasa tu, jangan la nak emosi lebih-lebih plak sebab apa yang aku luahkan ini adalah satu realiti. Face it! Jika ada tersalah atau terlebih kata dalam entri ni, aku pohon maaf secara terbuka. hehe.


Ditulis oleh pada 28 May 2010
Gula-Gula Google:bola sepak malaysia FAM bolasepak malaysia industri bola sepak tempatan isu pemain import liga Malaysia pemain bola sepak malaysia sokong liga malaysia sukan malaysia

4 Comments

1

I don't think the stadiums were a good investment: They work out at over $3000 per seat, which is more expensive than many of the houses that the government is constructing.

2

That's why they should not involve in sports. They don't even try to allocate the money wisely. LOL!

3

nice post with have a good article.

4

Thanks.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]
Get backlinks, Link exchange. SEO, Free links, Submit URL. - linkubid.com