Apr
22

10 perkara anda wajib tahu jika anda seorang pelajar UiTM Machang

Banggunan pertama korang akan nampak lepas gate

Ini adalah 10 perkara yang korang wajib tahu secara underground (bukan secara ilmiah) jika korang adalah salah seorang penuntut di UiTM Machang.

1. Kolej lelaki (TAR) punya la dekat dengan masjid tapi bila masuk waktu, saf ada 2-3 baris je. Ini adalah realiti, sampai pihak UiTM terpaksa buat program mengimarahkan masjid. Tak pegi, tak dapat kupon. Malas jugak? Mintak tolong member yang rajin tolong sainkan.

2. Jangan nak heran kalau kolej korang ada bau najis kelawar sebab korang memang berkongsi tempat menumpang dengan makhluk tersebut.

3. Jika korang kerap ada function or exam yang bertempat di Dewan Professional, sila buat warm-up di dalam bilik terlebih dahulu sebab korang terpaksa mendaki tangga batu cave.

4. Pengarah Kampus UiTM Machang, Prof Dr Hussin merupakan salah seorang die hard fans kepada Alleycat.

5. Internet adalah percuma tetapi jangan harap nak bersosial melalui facebook/myspace or friendster sebab dah disekat dengan Websense. Jika nak dapat tips untuk lepas dari websense, belajar dengan Paan kat blog ni.

6. Nama-nama kolej menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia. Maybe pihak pengarah tengah berkira-kira nak bina satu lagi kolej untuk nama Dato Seri Najib (Nama Pak Lah pun tak ada lagi..).

7. Berdepan dengan UiTM, ada perkhidmatan kereta sewa oleh Kak Ja,kalau korang masuk kepala dengan dia, boleh dapat diskaun kot? (Kak Ja, kawe nak claim royalti. haha. :lol: )

8. Duit PTPTN/elaun makan percuma dah habis? Beli je nasik mek siam untuk save budget. nasi+telur dadar+tomyam = RM1. 8)
9. Malas pegi kelas? Pergi ambil MC kat klinik UiTM, cakap direct je dengan doktor. Nak drop exam? Amik kat klinik luar, jangan harapkan klinik UiTM sebab time exam doktor tiba-tiba jadi kedekut.

10. Tempat paling best nak lepak-lepak dengan member-member di hujung minggu? Sewa kereta Kak Ja, pegi lepak kat Pantai Tok Bali sambil mengunyah sata (ini adalah nama makanan, bukan hard-disk 8O ).

Jika korang nak menambah kandungan trivia ni, sila tambah di bahagian komen untuk nombor sebelas dan seterusnya.


Ditulis oleh pada 22 April 2010
Gula-Gula Google:Mache UiTM Kelantan UiTM Machang

38 Comments

1

Owh! Aku terlupa pada Nasik Kukus Sigai! :(
.-= faeiz´s last blog ..DVD Diari Usahawan eBay Berhingus (Prelaunch) =-.

2

satu lagi ko tak tambah tai..
Muse atau lebih dikenali sebagai Hafiz Hamzah sangat terkenal dan merupakan student paling handsome dan berdedikasi..

3

Kalu ko hensem, dah lama jadi artis popular tanah air, silap2 dah dapat award artis paling seksi sekarang.

Kalau ko student paling berdedikasi, takde la kita ponteng kelas dulu2. haha.

Itu semua kalau je la..ko banyak berangan ah..

4

haha..hentai a.k.a faeiz musa,..bnda basic oyak blako doh..tue x oyak time bln puasa ag..ejah tai, v hint ko junior2 nie..hahahaha :twisted: :roll: :mrgreen:

5

Basic bule puaso kawe tak dop, kawe puaso penoh sokmo. Mung beri la..hehe.

6

Ponteng kelas? Itu semua sebab ko.. Semuanya kerana Faeiz!
.-= musethekaratz´s last blog ..Doublecoda – Come Back 2010 =-.

7

Ah, pandai plak ko maen tuduh2 aku. Aku kejut taknak bangun, buat2 migrain. haha! :mrgreen:

8

nasi lemak + ayam, belukar = rm2.50. FEVERET dan CHEAP!

tapi yang aku tengok Maggie & Mee Sedap je yg bdk2 ni mkn. mengundang risiko betul. tp bila study week blh plak gi tubik derak. siap sewa VIVA lah. hampeh.
.-= .SaYa SeDaP.´s last blog ..bosan dengan komen blogger. hello wordpress! =-.

9

Nasik lemak tu kat laluan pegi pekan machang tu eh? kalau kat situ, peberet aku nasik kerabu, sedap kaw-kaw.

Eh, time study week la paling sedap menderak. Boleh overnight. Kalau nak poyo sket agi, bawak buku study tepi pantai. hehe. :mrgreen:

10

kawe bakal masuk uitm machang bulan jun nie…dlm 1 bilik ado brapo ore untuk asrama??

11

Kolej Lelaki UiTM Machang , satu bilik 4 orang. Untuk perempuan, tak pasti plak. Tahniah dan selamat belajar! :) Kirim salam kat Sigai ye?

12

Kalau lelaki, satu bilik 4 orang. Untuk perempuan, tak pasti plak.
Tahniah dan selamat belajar! :) Kirim salam kat Sigai ye? hehe.

13

salam brobagus trivia ko ni. aku selaku ex-uitm mache mmg mangakui kebenaran fakta-fakta ko ni walaupun bunyinya agak sadis sket. hahaha…datuk VC kita mmg merupakan alleycats wannabe.. cayalah!

14

Salam bro Amien7,Thanks sebab mengesahkan lagi kebenaran fakta-fakta diatas untuk rujukan junior-junior baru yang bakal menempuhi benda yang kita dah tempuhi. Harap Datuk VC pun dapat beri komen dalam blog aku ni nanti. hehe.

15

salam….sy akn msuk uitm mace…kos akaun……nk tnye dok dlm nlik 2 bleh plih x nk dok nga sape????

16

boleh pilih, tapi dengan budi bicara office kolej la.
Kalau diorang tak bagi jugak, pakat2 dengan roommate lama, bagitau kat orang office yang ada problem dengan roommate. InsyaAllah berkesan.hehe.

17

boleh pilih, tapi dengan budi bicara office kolej la.Kalau diorang tak bagi jugak, pakat2 dengan roommate lama, bagitau kat orang office yang ada problem dengan roommate. InsyaAllah berkesan.hehe.

18

owh…tq…erm,…ari jmaat n sb2 xde kuliah kn?dan kalu ari ahd 2 xde kuliah gk…kite blik ari jmaat 2 and then are ahd 2 br dtg…xpe ker???hehheh

19

Boleh, tak jadi masalah. Kalau nak datang hari Isnin pagi tu pun boleh kalau kelas hari Isnin tu waktu petang. Congratz and selamat study! Same course ar..hehe. Kirim salam kat Madam Muzlaina.

20

owh yer…lupe…ade satu lg…hehehehehee…jgn mrh ek….erm kat uitm ade x langganan akhbr utk stdnt…hehehe…sy ni tiap2 ari bce paper….hehehehe

21

Kalau langganan surat khabar tu saya tak pasti.. (sebab saya malas baca surat khabar..hehe) Tapi ada booth kat block B jual surat khabar. Kalau nak jimat lagi, boleh baca kat office kolej atau perpustakaan.

22

salam..saye akn masok uitm machang bln jun niekt sane ad pekan terdekat x??dekat x dgn hostel laki??

23

zaman aku dulu empat orang, sekarang tak pasti plak sebab takut dah tukar kolej.

24

En Faeiz, saya rasa awak perlu bagi tahu junior2 yang bakal ke UiTM nanti tentang surat cuti khas dan surat untuk grad awal.. ko tunjuk contoh surat sekali kat diorang..

25

Ah En Muse, anda jangan la buat aksi kantoi depan junior2 ni. Jatuh market beb..

26

nak tanya abg faeiz,kos pengurusan maklumat ni ok tak.ramai tak budak lelaki ambik?

27

Pengurusan Maklumat tu Information System la,kan?
Kalau course IS ni memang budak lelaki kurang, tapi lagi kurang lagi bagus, awek ramai. Tettt, off topic..hehe.

28

connection internet kat kolej ok tah bro.

29

Info yang aku dapat dari member-member yang masih belajar kat situ, Maxis broadband lagi better dari Celcom.
Mungkin ko patut consider untuk subscribe Maxis broadband siap-siap.
Kalau ko maksudkan wifi percuma, kat kolej aku rasa tak ada. Kalau nak percuma jugak, kena la lepak kat kaki lima admin building.
Harap membantu.

30

leh dop ngejah no kete sewa??kawe nk pakai keto la..asap ea..email kawe deh..thankz..

31

Nombor telefon kereta sewa kat uitm machang dah tak ada dalam simpanan la bro, harap maaf.

32

course nie senang x???actually xtau menahu sgt course nie…..:)

33

Course apa yang senang tu? rasanya tak ada course yang senang. Tapi kalau minat, tak ada hal la..

34

sy dapat degree kos sains statistik kat uitm machang ni..huuu jauh dr shah alam..cuak pn ade..ok ke hostel die??

35

Tahniah, tak perlu cuak pun. Still dalam Malaysia. hehe. Hostel untuk perempuan, tak pasti pulak. Kalau hostel lelaki, walaupun bukan macam hotel lima bintang, ia satu pengalaman yang best bila duduk sekali dengan member-member. Selamat belajar.

36

hehe,thanks..kalo nak pkai broanband kn,line mane okeh ea>maxis ke celcom?

37

Dengar cerita dari budak-budak yang still belajar kat situ, Maxis lagi okay dari Celcom.

38

dkat uitm machang da kos sains kuantitatif

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]