Friendly Match : Liverpool VS Valencia (2-0)

Perlawanan persahabatan antara Liverpool dan Valencia ditayangkan secara langsung menerusi channel Astro 817 pada 6 Ogos 2011 sudah berakhir. Kemenangan telah diraih oleh Liverpool menerusi satu gol oleh Andy Carroll pada minit ke-7 dan satu lagi gol oleh Dirk Kuyt pada minit akhir perlawanan menjadikan keputusan 2 – 0. Perlawanan ini diadakan di Anfield, Liverpool, England.
Walaupun jaringan gol yang dihasilkan tidak sebegitu menarik, tetapi gaya permainan yang dipersembahkan oleh Liverpool boleh dipuji. Aku tengok gaya permainan Liverpool sekarang dah semakin laju beserta dengan passing yang menarik.
Dalam perlawanan ini, Glen Johnson mengalami kecederaan pada minit awal permainan dan memberi ruang kepada Martin Kelly untuk mengambil posisi beliau. Aku harap kecederaan yang dialami oleh Glen Johnson tidak begitu teruk kerana Premier League just around the corner.
Sebelum ini aku meragui kemampuan Alberto Aquilani untuk menguasai bahagian tengah, tetapi ternyata selepas dari permainan malam ini.. pandangan skeptikal aku itu sudah berubah. Jika beliau akan dipindahkan ke kelab lain nanti, aku rasa ianya satu kerugian bagi Liverpool.
Pembelian Stewart Downing dari Aston Villa ternyata tidak sia-sia kerana dia melaksanakan tugas sebagai feeder kepada Andy Carroll dengan baik.
Apa yang pasti, aku tak sabar menunggu untuk Premier League musim ini bermula. Obviously, pemain Liverpool yang menjadi idaman aku sekarang ini adalah Charlie Adam selepas pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid kerana gaya permainan kedua-dua pemain ini hampir sama.
You’ll never walk alone!
Ditulis oleh