Aug
06

Playstation Vita – Legasi PSP diteruskan?

Playstation Vita - Faeiz.com

Sony Playstation akan dijangka release satu lagi produk yang bernama Playstation Vita atau PSVITA pada 31 Disember 2011 untuk pasaran Malaysia nanti. Harga yang dijangka adalah $249 atau diconvert dalam Ringgit Malaysia adalah dalam likungan RM749.40 .

Secara peribadi, aku tak berapa berminat dengan platform game yang menyerupai PSP ni sebab aku tak selesa bila arrow button dan action button dipisahkan terlalu jauh, disebabkan oleh screen yang terletak di tengah-tengah.

Perasaan tak selesa ni timbul mungkin disebabkan aku dah terbiasa main game console Playstation yang menggunakan analog controller yang mempunyai area untuk genggaman yang lebih kemas. Kepada hardcore fans PSP, dibawah ni aku tunjukkan spesifikasi bagi PSVITA ni.

Spesifikasi

  • Computer Processor Unit (CPU) :  ARM Cortex- A9 core (4 core)
  • Graphics Processor Unit (GPU) : SGX543MP4+
  • Ukuran Kasar Dimensi (Lebar x Tinggi x Tebal) : 182 mm x 83.5 mm x 18.6 mm
  • Skrin : OLED (Organic Light Emitting Diode) Multi-touch screen berukuran 5 inci.
  • Touch Pad Belakang : Multi-touch pad.
  • Kamera : Terdapat camera depan dan belakang.
  • Bunyi : Build in Stereo Speakers dan Build in Microphone.
  • Sensors : Motion sensors and Six-axis sensors.
  • Butang : Arrow Buttons , Action Buttons dan Dual Analog Sticks.
  • Wireless : 3G , Wi-Fi dan Bluetooth 2.1 .
  • Lain-lain : Build in GPS .

Kebanyakan game yang akan direlease dalam PSVITA ni adalah game-game yang sudah popular melalui console PS3 seperti Uncharted dan Little Big Planet. Sekarang korang bukan sahaja dah boleh menikmati siri game tersebut secara mobile tetapi boleh menikmati game-game tersebut dengan pengalaman menggunakan fungsi motion sensor dan touch screen dalam permainan.

Perbezaan yang ketara antara PSP dan PSVITA adalah dengan kehadiran Dual Analog Sticks di PSVITA, yang akan membuatkan pemain game bergenre fighting lebih puas hati sebab senang nak buat abugid atau power-power lain. Sebelum ini, kalau gunakan PSP, naik berkematu ibu jari bila main game fighting.

PSVITA juga membolehkan korang berchatting ketika dalam permainan atau sedang menonton video. Dengan adanya function 3G dan Wi-Fi, sudah pasti PSVITA menyediakan game-game multiplayer yang boleh dimainkan secara online bersama-sama pemain online yang lain.

Sebelum PSVITA direlease di Malaysia, korang mungkin ingin menonton video dibawah untuk mendapat gambaran awal tentang PSVITA sebelum ianya jatuh ketangan jahanam korang.

[tube]http://www.youtube.com/watch?v=RIaJHh60hQY[/tube]


Ditulis oleh pada 6 August 2011
Gula-Gula Google:berapa harga psvita harga psvita harga psvita terkini jual psvita murah playstation vita malaysia playstation vita murah sony playstation

9 Comments

1

gadget baru lagi.. huhu..
My recent post Isu SIMPLY SITI Tidak Halal

2

hehe.. layan lagi rupanya PSP.. ingat x da dah pas wujud ipad dan segala PAD.. :p

3

Ya, gadget baru yang awesome lagi. hehe.

4

Playstation pun teringin nak bersaing dalam pasaran segala PAD. takmau ketinggalan.

5

wahh, dekat 800 ratus gak tu..

6

A'ah, rabak jugak la duit gaji. Kalau gamer hardcore, tak kisah kot.

7

ala lau rase koyak kita beli games type lh bro hahhaah jimat cos ckit hahaha. . .
My recent post Friendly Match : Liverpool VS Valencia (2-0)

8

kt mane bley dpt gadjet nie?
x sabar nio.0

9

Try carik kat lowyat tengok. Tak pasti plak dah release ke belum kat Malaysia ni.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]