Setelkan majlis perkahwinan anda dengan Setelkahwin.com

Kau ada merancang nak kahwin tahun ni? atau ada saudara dan kawan-kawan nak kawin dalam masa terdekat ni? Dah tempah baju pengantin ke? Dah ada photographer ke? Dah tempah kad kahwin ke? Dah tempah pelamin ke? Dah booking DJ ke? Dah cukup ke periuk belanga ke? (Kalau aku list lagi, sampai berdarah jari ni pun belum tentu habis)
Aku tanya kau ni bukan sebab aku nak sponsor kau kahwin (wah wah, aku sendiri pun tak kahwin lagi,ada hati nak harap aku sponsor?). Aku tanya semua ni sebab aku baru terbaca di blog beautifulnara.com yang dia dah bina satu website yang dibina khas untuk membantu orang-orang yang tengah merancang untuk berkahwin iaitu setelkahwin.com .
Aku yang tak merancang untuk berkahwin lagi ni pun pergi la tinjau-tinjau and gatal tangan nak mendaftar. Mana la tahu, kot-kot tempias orang nak kahwin ni kena kat aku, cepat la sket jodoh aku ni. Haha. (gelak la gelak, kau tu dah kawin ke?) Tapi time aku nak mendaftar tadi, aku notice ada benda tak kena sket kat ruang register website tu. Kau tengok screenshot kat bawah ni.

Kalau di ikutkan kepala otak logik aku ni, aku rasa kedua-dua form tu dah tertukar tempat. Takkan la nak letak URL website nak sampai satu perenggan? Kalau beautifulnara.com ada terbaca pasal blog post ni, harap dapat ubah ye sebab benda ni dah confuse kan aku dan mungkin akan meng ‘confuse’ kan lagi berjuta-juta orang yang sangap nak kahwin nanti. Hehe.
Aku dah dapat login dalam akaun setelkahwin.com , dan aku paling suka Aplikasi Kahwin Senarai Semak. Jika kau first time masuk kat ruang tu, kau akan ditanya tarikh yang kau pilih untuk kahwin. Lepas je jawap, akan keluar satu checklist yang aku tengok dah macam satu wedding planner yang lengkap sebelum kau tiba di hari perkahwinan nanti. Dan aku perasan, ada satu tarikh diletakkan di top right corner yang bertulis “Setel Kahwin 11 May 2011″ (boleh tengok screenshot dibawah), mungkin itu dateline yang perlu kita habiskan semua tugasan. (pergh, dah macam main game Metal Gear Solid plak rasa)

Last but not least, kepada semua yang ingin merancang perkahwinan, website setelkahwin.com boleh banyak membantu dari segi persiapan dan perancangan sebelum berlangsungnya perkahwinan. Tak tahu la kot-kot beautifulnara.com rasa baik hati nak sponsor kau kahwin plak (wah, tahap lucky habes dah ni..) , boleh la pegi register kat SetelKahwin.com sebab website tu dah diupdate dengan Chatroom dan Forum untuk berbincang.
Ditulis oleh Faeiz pada 10 May 2010
Gula-Gula Google:andaman baju pengantin bakul barang coklat corak dalam datuk k fazley fesyen fotopage fotopages gambar gosip gubahan hari raya kahwin katering kawin kedai keluarga
8 Comments
May 10th, 2010 at 10:48 am
kenapa susah benau nak kawen haa.. klu aku la kan aku prefer buat yg wajib sudehh.. xpyh pelamin2 bagai. ini perempuan yg prefer simple.tp apa yg penting??photographer……….. gamba mau cun maaa… keke~
May 10th, 2010 at 10:51 am
Bagus la kalau ko prefer simple-simple, aku pun galakkan perkahwinan yang simple-simple. Selalunya kalau majlis kahwin simple-simple ni nightmare bagi parents, takut orang mengata.Orang kita kan femes dengan kutuk mengutuk ni..hehe.
May 10th, 2010 at 11:29 am
tu la aku tak berapa suka dengan segelintir orang melayu ni..kalau tak buat tahlil, mula la orang jiran2 duk berbisik2 kat orang.. cakap kasihan kat arwah la, mesti tak aman arwah dalam kubur la… macam kalau dia mati esok2, dia ingat kubur dia ada aircond.. aman dan nyaman.. tak sedar dalam diam2 dah mengumpat.. dia tak tau pulak tahlil tu bidaah~tau la bidaah hasanah.. tapi tak payah la nak kutuk2 orang yang tak buat…sorry off topic..haha geram ni~! gerammmmmm!
May 10th, 2010 at 11:33 am
Dalam bahasa mudahnya, orang kita ni suka menyibuk tak bertempat dan tak suka nak menyokong. Nak menjatuhkan ramai la. p/s: kau agak emosional hari ini, mengapa?
May 10th, 2010 at 1:18 pm
Salam Faeiz, mula2 sekali kami nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab buat review untuk website kami.
Terharu jugak kami sebab ada orang nak review website kami yg tak sampai setahun jagung ni.Ok pasal benda kotak tuh, input field utk Tentang Saya sebenarnya plain text field and limited to 140 characters (twitter style) and utk Website Saya punya input field ialah html, so bila user letak web address dia, dia boleh buat hyperlinking.Tapi tu lah dia, size kotak dia macam tersalah size pulak kan. Tak per nanti kami adjust kan
Terima Kasih Faeiz! ps. kami baru saja launch pelan pengiklanan premium utk vendor, so kalau Faeiz ada kenal siapa2 vendor boleh lah tolong promote kan kami ya. Terima Kasih
May 10th, 2010 at 1:34 pm
Salam Cheemtegra,Sama-sama, saya review sebab saya impress dengan wedding planner dalam tu, tak terfikir saya sebelum ni akan ada website macam ni.Boleh cheemtegra bagi link untuk maklumat tentang pelan pengiklanan premium vendor tu di sini? (saya dah cari, tapi tak jumpa) mungkin ada vendor-vendor alatan perkahwinan akan terbaca review ini. Terima kasih.
May 10th, 2010 at 7:36 pm
Salam Faeiz,Link 'Upgrade ke Premium' hanya akan nampak jika Faeiz register sebagai vendor.Kami belum lagi buat link/description box utk public viewing lagi (ingatkan nak buat semua ni senang, rupa nya macam2 flow kena pikir
Tapi ini direct link ke brochure pdf kamihttp://www.setelkahwin.com/briefcase/Panduan-Pe…..Semua maklumat ada dlm pdf tu. Kalau ada apa2 persoalan boleh hubungi kami.Terima Kasih ya
May 11th, 2010 at 12:23 am
Salam Cheemtegra,Patut la tak jumpa link nya. Tak apa, buat slow-slow and ikut flow. Thanks for the brochure, saya sure akan banyak benefit jika ada vendor baca review ni nanti. InsyaAllah.