Jom bersosial dengan MyMalaysian.com

Aku baru dapat invitation dari owner Selangor2u.com , MarzukiĀ untuk join laman sosial yang dia baru bina iaitu MyMalaysian.com. Bila dah benda free ni, memang aku tak tolak, tambahan pulak aku tengah mencari-cari content untuk update blog aku ni.
Apa yang aku boleh katakan dalam review ni adalah, MyMalaysian.com mempunyai interface yang paling simple berbanding laman sosial lain yang dibina oleh rakyat Malaysia. Walaupun simple, MyMalaysian.com nampak kemas dan tidak akan membuat pengguna menunggu lama untuk load website tersebut.
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dibuat di MyMalaysian.com seperti update status,berforum, upload video dan upload gambar yang tidak lagi menjadi satu perkara baru kepada pengguna yang pernah menggunakan laman sosial Facebook.
Marzuki perlu mendapatkan idea baru sekiranya ingin membuatkan pengguna dilanda ketagihan sepertimana kegilaan orang ramai terhadap Facebook sekarang ini. Wujudkan satu trend dalam MyMalaysian.com supaya ianya mempunyai kelainan berbanding laman sosial lain.Ia akan menjadi lebih baik sekiranya kelainan tersebut dikhususkan kepada rakyat Malaysia serta membawa identiti Malaysia.
Disini aku senaraikan beberapa cadangan yang aku rasakan dapat membuatkan MyMalaysian.com lebih menarik:
1) Bina satu ruang untuk underground artist atau band Malaysia untuk ketengahkan bakat dan hasil seni mereka. Asingkan band-band/ artis-artis tersebut mengikut negeri-negeri di Malaysia.
2) Sediakan platform untuk berjual beli kerana majoriti usahawan Malaysia tidak mempunyai ilmu untuk membina website. Mungkin dengan cara ini, MyMalaysian.com akan menjadi pilihan usahawan Malaysia untuk mempromosikan barangan mereka. (dan mungkin juga dapat mengurangkan marketing spam message/comment..hehe)
3) Sediakan platform untuk tempat-tempat perlancongan di Malaysia beserta budget. Jadi tak ada la orang Malaysia asyik nak memerap dirumah saja dan secara tak langsung, dapat menggalakkan perlancongan dalam negeri.
Itu sahaja cadangan yang dapat aku berikan kepada MyMalaysian.com, hasil dari perahan otak aku yang maksima. Jika aku paksa untuk memerah lagi, mungkin idea merapu akan aku listkan nanti.
Kepada kau yang tengah baca entri ni, bolehlah terus mendaftar akaun MyMalaysian.com . Mengikut statistik, jumlah ahli MyMalaysian.com sudah mencecah 150 orang. Diharapkan dengan kehadiran kau dalam MyMalaysian.com dapat memeriahkan lagi laman sosial tersebut.
Ditulis oleh Faeiz pada 29 May 2010
Gula-Gula Google:akaun mymalaysian chat malaysia daftar mymalaysian facebook artis malaysia facebook malaysia laman sosial malaysia Malaysian Social Network Mymalaysian social networking malaysia twitter malaysia