Google Plus – Social Networking yang lebih personal?

Google Plus atau Google + adalah social networking yang dilancarkan oleh Google baru-baru ini. Aku tak pasti apa motif Google lancarkan social networking site ni, adakah untuk bersaing dengan Facebook? Adakah nak memberi nilai tambah kepada gadget-gadget Android? Aku sendiri tak pasti.
Yang aku pasti, Google Plus adalah seperti kombinasi Facebook, Twitter dan Digg. Ianya satu social network site yang mempunyai function sharing seperti Facebook tetapi lebih organized dan personal. Apa sahaja yang korang share dalam Google Plus, boleh dilimitkan untuk orang-orang dalam circle korang sahaja.
Fungsi Circle dalam Google Plus pulak, sebijik macam sistem follow-mefollow dalam Twitter. +1s pulak adalah fungsi yang sama macam Like di Facebook atau Digg this di Digg. Sepanjang aku menggunakan Google Plus, aku tak dapat rasakan apa-apa yang baru di site tu. Rasa macam diperbodohkan oleh Google pun ada sebab sebelum Google Plus direlease, aku sangat eager nak daftar.
Tak salah jika aku katakan yang Google hanya cedok idea-idea dari social network yang lain dan gabungkan jadi satu produk yang konon-konon lebih gempak. Itu apa yang aku rasa la, aku tak tau la jika korang ada perasaan kasih sayang teramat sangat pada Google hingga tak sampai hati nak kritik.
Walaupun aku tak berapa berkenan dengan Google Plus, kat bawah aku ada beberapa tips yang korang boleh gunakan ketika mengakses akaun Google Plus korang.
- Untuk bold kan perkataan di stream, taip macam ni *Word*
- Untuk italic kan perkataan di stream, taip macam ni _Word_
- Untuk strike kan perkataan di stream, taip macam ni -Word-
- Tekan butang ‘Space’ untuk scroll down stream.
- Tekan butang ‘Shift + Space’ untuk scroll up stream.
- Tekan butang ‘J’ untuk scroll down stream satu-persatu.
- Tekan butang ‘K’ untuk scroll up stream satu-persatu.
- Tekan butang ‘Q’ untuk ke Chat.
Ditulis oleh Faeiz pada 4 August 2011
Gula-Gula Google:google + google plus produk google social networking
5 Comments
August 4th, 2011 at 10:04 am
i got google+ tapi not using coz not much friends
August 4th, 2011 at 2:54 pm
You should add me to your circle lah. hehe. Most people got Google account, that might not be a problem for Google, i think.
August 6th, 2011 at 8:31 am
menyampuk jap faez. add me too. hehe…
p.s : masalah komenluv aku x done lg bro. ada sulotion x?
:S
My recent post 2 Minggu PageRank Blog Naik
August 6th, 2011 at 1:45 pm
Sila-sila nyampuk, hehe. Bro dah check CSS di Dashboard IntenseDebate? Kalau ada CSS kat IntenseDebate tu, try delete and tengok hasilnya.
August 21st, 2011 at 6:16 am
Ye ke? Baek la faez! saya check skang ( rasanya xde)
TQVM xD
My recent post Kelebihan Kekurangan Blogspot