Jun
01

Berapa lamakah blog korang ambil masa untuk load?

Kelajuan loading blog adalah salah satu faktor untuk mengelakkan pengunjung blog korang ambil masa yang lama untuk lihat blog korang. Kebanyakan pengunjung akan cepat rasa menyampah bila blog korang tu lambat untuk load. Blog yang pantas untuk load juga dapat mengelakkan korang diberi ‘kad merah’ oleh Search Engine seperti Google.

Pernah tak korang test berapa lama yang diambil untuk blog korang load sepenuhnya? Disini aku nak share satu tools percuma yang digunakan untuk analisa load time bagi blog atau web. Aku gunakan pingdom.com untuk melaksanakan tugas murni ni. So far, perkhidmatan yang disediakan sangat aku puas hati, sebab:

1. Segala content dalam blog/web akan dilistkan sepenuhnya untuk tujuan analisa.

2. Test-test yang sebelumnya boleh direkodkan untuk semakan akan datang.

3. User-friendly. Cuma masukkan URL dan lihat hasil analisa.

Jika load time untuk blog korang kurang daripada 9 saat, itu dah cukup bagus. Kalau kurang dari 6 saat, lagi bagus. Tetapi jika lebih dari 9 saat, korang perlu buat sesuatu dengan blog korang tu. Kita kena ingat, bukan semua pengunjung dapat bersabar macam aku. Silap-silap dia boleh klik butang ‘pangkah’ dulu sebelum blog korang tu load.

Dengan maklumat-maklumat yang dapat korang akan dapat selepas test tu, korang dapat melihat content mana yang menyebabkan blog korang lambat untuk load. Lepas dah jumpa, maybe korang boleh consider untuk delete content tersebut untuk lajukan load blog korang.

Seterusnya aku nak kongsi beberapa tips untuk melajukan blog korang dengan menggunakan analisa pingdom.com :

1. Jika file image di blog mengambil masa yang lama untuk load, korang perlu kecilkan saiz file image tu dengan menggunakan Photo Editor Software seperti Adobe Photoshop. Gunakan function image resize dan save image dengan menggunakan function “Save for Web & Devices” (Alt+Shift+Ctrl+S). Dengan cara ni, gambar korang tu akan dapat dioptimize untuk kegunaan blog.

2. Untuk pengguna WordPress, terdapat beberapa plugin akan melembabkan load time blog korang. Terutama plugin yang menggunakan Javascript. Jadi, jika dalam analisa pingdom.com menunjukkan plugin tu mengambil masa yang lama untuk load, korang patut consider untuk remove sahaja plugin tersebut.

Itu sahaja untuk entri kali ni. Jika tak keberatan, aku harap korang dapat share load time blog korang di bahagian komen. Average time load untuk Faeiz.com adalah 8 saat. Blog korang macam mana?

p/s: aku dah tak sabar nak balik Kedah. Rindu kat udara segar Jelapang Padi. Hehe.


Ditulis oleh pada 1 June 2011
Gula-Gula Google:analisa load blog cara lajukan blog lajukan blog load blog laju periksa load time blog tutorial blog tutorial lajukan blog tutorial wordpress

23 Comments

1

masa aku pakai blogspot bertahun dulu..ini sebahagian daripada concern aku..lepas lama senyap sepi, aku up pulak self hosted. sekarang dah tak peduli dah benda-benda macam ni. just nak menulis ikot sedap aku ja..lantak la pageload lambat pon..hahaha

2

Ahha! Pingdom.com! Akhirnya jumpa.. Dah pernah try dulu analyze blog kt situ, tp lupa nak bookmark. Haha! ;p

So, analisis kt pingdom tadi. Total load time 7.5s. Tp load time ni depends on speed internet jgk kn??
My recent post Bukti Nuffnang masih sayang blog saya

3

Wah, laju la load time blog Tiha. Speed internet tu memang tak dapat la nak tolong kalau visitor tu masih guna dial up connection. Kalau ikutkan speed broadband sekarang, blog Tiha akan load bak "sepantas kilat sabung menyabung" <-ayat metafora. hehe.

4

Fuhfuhhh! Ayat metafora tu yg tak menahan tuh! Hihi.. Kalau boleh nak bagi lagi pantas dari kilat. Errr.. Ade ke?? ;p
My recent post Response cached until Wed 1 @ 17:48 GMT (Refreshes in 49 Minutes)

5

Haha, itu dah habis pantas tu, takde orang boleh potong dah. Tiha ni orang negeri mana?

6

Jangan lupa submit link blog Tiha dalam list blog Faeiz ya. Klik "Backlink Percuma" pada menu kat atas tu.

7

Owh.. Ok2. Will do! :)
Ehehe.. Sy orang Ganu. Ngeee.. Kenapakah? Faeiz org negeri mana?

8

Owh, orang negeri penyu rupanya. Saya orang negeri Jelapang Padi. Kalau macam tu, bleh la tolong saya cari pakej bercuti kat Pulau Perhentian. Kot-kot bleh dapat murah. Kawe tok gheti kecek ghanu. Kecek Klate bulih sikek-sikek. Hehe.

9

Ooo.. Doh guane buleh kecek klate tuh?? Ade sedare ke kt klate? ;p
Sy takde 'kabel' la kt pulau. Tak biasa gi pulau.. Heee.. :D

10

Dulu ngaji kat Uitm Mache, dapat la basic vocab klate sikit2. Pantai Tok Bali and Sata sangat terbaek~! hehe. Owh, UiTM Terengganu pun hebat, tepi pantai. Syahdu je student situ.

11

uh berat balik blog saya…klu ikut timbang pingdom tools..

tapi try kat umh tak smpi 5 minit blog dah blh tgok secara keseluruhannya..

walaubagaimanapun thks sb serba sedikit saya tahu gak iklan/baner mana yg berat.

terima kasih sangat2 ya sahabat :)

12

aku memang pakai pingdom. lama dah..site aku..20 saat. gila lambat. haha..
My recent post The Invigilator

13

Sama-sama. Lepas ni Suri boleh suggest dekat pengiklan suruh buat banner yang rendah sikit saiz fail. hehe.

14

Haha, blog ko memang lambat, tapi aku sanggup tunggu dia load. hehe.

15

iklan pun dah tiada.tetapi kenapa tak laju ni.
sebab pemalam wordpress kot.
My recent post Maruah tercalar

16

Maybe sebab blog tuan ada jquery string atau image yang belum di optimize kot?

18

Try la semak, boleh la ohcikgu optimize kan lagi kelajuan load blog ohcikgu tu nanti.

19

13.4 sec for testing with pingdom tp bile test bukak sendiri xsampai pun 10 sec haha. Mane satu yang betul?
My recent post The Barclays Premier League Is Back Season 2011/2012

20

Kalau macam tu, kena ikut instinct kot Encik TechTikus. hehe.

21

Hehe saya pon x suka berat. jenuh nak ringankan ekekek
My recent post Kelebihan Kekurangan Blogspot

22

6.13s :)

betulkah nih?? hehe
My recent post ULAT DI OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI

23

13.46s satu angka yang sangat besar. Tapi ni test dari amsterdem kan? so takyah risau.

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]