Pada 2 Oktober 2010 yang lepas, aku dah attend Kursus Kahwin anjuran Zaliny Enterprise di Peruda, Alor Setar, Kedah. Sebenarnya bukan aku nak sangat pegi pun. Pegi pun sebab kesian tengok muka si Pidot yang beria-ia nak ajak aku pegi, alasannya boring kalau pegi sorang-sorang. (owh, kursus nak ramai-ramai, kawin nanti nak ajak aku kawin sekali tak? haha!)

Kepada adik-adik yang tak pernah hadiri kursus kahwin lagi, kursus kahwin sekarang ni dah dilanjutkan tempoh jadi dua hari. Mungkin disebabkan kes cerai berai yang kerap berlaku di akhir zaman ni. Jahanam betul, sebab diorang la kita jadi mangsa keadaan. hehe.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70. Termasuk dalam yuran itu, kau akan dapat fail yang mengandungi buku “Memasuki Gerbang Perkahwinan” , pen sebatang dan kertas yang dicetak dengan beberapa info pasal perkahwinan.

Ditulis oleh pada 6 October 2010 |Kategori : Life, Review produk | 6 kritikan

Tutorial kali ini dimulakan dengan sebuah cerita..

Tersebutlah kisah, diwaktu pagi yang cerah, kau menghirup udara yang segar sambil ingin melihat keadaan blog menggunakan domain dan hosting sendiri yang kau baru bina. Kau menaip nama domain blog kau pada internet browser dan klik butang “Enter”, harapan berbunga-bunga ingin membaca sendiri artikel yang kau taip semalam sampai kau tak cukup tidur.

Tapi tiba-tiba.. BAM! Mulut kau ternganga sebesar bola tenis bila tengok blog kau paparkan seperti gambar di bawah..

Ditulis oleh pada 14 September 2010 |Kategori : Tutorial Wordpress | 2 kritikan

Kau nak follow tak dengan pengguna twitter yang sangat tepati masa? Dia tak banyak mengomel, mengumpat dan mengeluh dalam setiap tweet (macam kau? hehe). Kau mesti suka dengan dia.

(Sila tengok gambar di bawah)

Ditulis oleh pada 7 September 2010 |Kategori : Trivia | 4 kritikan

Kipas-susah-mati Apple mesti laju je nak tahu pasal keluaran iPhone terbaru, kan? Aku nak mintak maaf awal-awal sebab title post ni agak propa sket. Jangan marah aa.. Korang dah tengok gambar kat atas tu?

Itu adalah design konsep iPhone 5 yang diimaginasi oleh HandyFlash untuk tatapan umum.

Aku sebenarnya teringin nak angkat iPhone jugak tapi disebabkan dengar desas-desus orang kata yang application dia kena beli, terus cancel. Application paling murah 0.99 USD kan? Kalau korang salah sorang pengguna iPhone, cuba berikan kelebihan kat ruangan komen untuk aku pertimbangkan.

Ditulis oleh pada 6 September 2010 |Kategori : Life, Teknologi | 4 kritikan

Seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam telah dicabar dengan kontroversi Everybody Draw Mohammed Day yang secara terang-terangan ingin menggalakkan semua orang untuk melukis gambar Nabi Muhammad S.A.W. Jika ada antara kau yang tak tahu tentang perkara ini, aku ada sedikit ringkasan tentang hari yang sangat kontroversi ni.

Segalanya bermula apabila siri kartun South Park yang diusahakan oleh Comedy Central telah menganimasikan watak yang memakai kostum beruang sebagai Nabi Muhammad S.A.W .Ia ditayangkan pada awal bulan April 2010 di dalam episod 200 dan 201. Setelah mendapat tentangan dari Revolution Muslim, Comedy Central sendiri telah menapis episod-episod tersebut dengan membuang perkataan “Muhammad”.

Ditulis oleh pada 31 May 2010 |Kategori : Life | 1 kritikan
Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]