Faeiz ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha pada esok hari (17 November 2010) buat semua saudara dan rakan-rakan. Syahdu aje bila dengar laungan takbir raya bergema dari corong speaker surau.

Esok pagi aku harap tak ada la keluar berita orang kena tanduk dengan lembu mengamuk, serius lawak old time ni. Kepada yang menunaikan ibadat haji, aku doakan kau semua dapat haji yang mabrur.

Ditulis oleh pada 17 November 2010 |Kategori : Life | 4 kritikan

Pagi ni dengan menghirup secawan IndoCafe panas(Kopi import dari Indonesia ni pak~) telah memotivasikan aku untuk mengulas tentang isu bisnes gelang magnet AC Mizal dan Bisnes Multi-Level Marketing (MLM) yang sama waktu dengannya.

Isu Gelang Magnet AC Mizal

Jika korang pernah baca blog Aidid Mu’addib , korang dah sedia maklum berlakunya pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh beliau tentang bisnes MLM ni. Dari hukum hakam sampailah ke bukti yang solid dan tak dapat disangkal lagi dengan menggunakan ayat-ayat tahap “Super Laser”. Mamat ni tengah top sebab dia dah “selak” rahsia bisnes gelang magnet AC Mizal satu persatu, kes ni dah masuk paper and AC Mizal siap buat report polis. Untuk yang belum baca blog dia pasal pembongkaran rahsia bisnes gelang magnet AC Mizal,aku ada listkan beberapa link untuk korang baca.

Gelang AC Mizal – A Disaster Waiting To Happen

Gelang AC Mizal – Bayang Bala Di Ufuk Timur

Gelang AC Mizal – Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh!

Aku letak tiga link saja kat sini, kalau korang nak lebih, pandai-pandai la selak blog si Aidid ni. Aku promise, masa korang sangat berbaloi dengan baca post-post beliau. Damn serious!

Ditulis oleh pada 15 November 2010 |Kategori : Life | 2 kritikan

Pada suatu hari, Mitsubishi Lancer bertemu dengan Proton Inspira secara tidak sengaja ketika menunggu giliran di drive-thru McDonald. Oleh kerana bosan sebab servis yang agak lambat, diorang pun bersembang-sembang. Ikuti perbualan mereka seterusnya..

Ditulis oleh pada 23 October 2010 |Kategori : Teknologi | 56 kritikan

Amacam dengan tajuk post aku kali ni? Sangat propa tak? Aku rasa tajuk tu lagi bertambah propa kalau aku buangkan perkataan “China mari!” tu, mau bernanah telinga aku kena sumpah seranah dengan visitors yang tak pernah diajar adab menggunakan internet nanti.

Bila bertambah ke’propa’an tajuk post korang tu, kemungkinan untuk dapat traffic dari search engine lagi tinggi. Taktik biasa bagi blogger picisan macam aku ni. Eleh,macam kau tak biasa plak, diam-diam suda. hehe.

Ditulis oleh pada 8 October 2010 |Kategori : Teknologi | 11 kritikan

Mula-mula aku tak tahu kenapa Google Goggles ni jadi trending topic kat Twitter. Tapi sixth sense aku dapat rasa yang Google buat hal lagi! Bila aku buat search sikit, memang betul apa yang aku rasa tu.

Google Goggles adalah satu application baru untuk didownload oleh pemilik android phone (contoh seperti iPhone dan Nexus One).

Sekilas pandang tentang penggunaan Google Goggles ni, aku nampak application ni sesuai untuk orang yang malas menaip untuk guna search function dan sangat suka snap gambar.

Ditulis oleh pada 6 October 2010 |Kategori : Teknologi | 2 kritikan
Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]