Bob Parson merupakan seorang CEO kepada syarikat domain Godaddy.com. Jika korang tak tahu, Godaddy.com ni merupakan syarikat yang menjual domain name yang agak terkenal. Aku sendiri pun pernah beli domain dengan diorang, tapi sekarang dah tukar sebab dashboard dia agak lambat nak load.
Baru-baru ni, mamat ni dengan penuh gaya dan tanpa rasa bersalah menembak mati seekor gajah ketika beliau makan angin di Afrika. Aku tak pasti apa salah gajah tu, tapi tindakan Bob Parson tu telah menimbulkan kemarahan aktivis animal right.
Pesaing-pesaing Godaddy tak lepaskan peluang untuk mainkan isu ni, seperti NameCheap yang menawarkan diskaun jika korang nak pindahkan domain korang dari Godaddy ke NameCheap.
Jika korang rasa korang tak setuju dengan tindakan Bob Parson dan mempunyai rasa berperi ke’binatang’an, korang boleh pergi ke NameCheap dan gunakan coupon code BYEBYEGD untuk transfer domain korang dengan harga USD4.99.
Tawaran ini valid selama 24jam sahaja (bermula 1 April 2011) dan valid untuk semua domain com/net/org. 1 dollar dari transfer fee korang tu akan didermakan ke dana Save The Elephants di http://www.savetheelephants.org/.
Video dibawah ni melaporkan video pembunuhan gajah oleh CEO Godaddy tersebut.
Di kala matahari dengan riak memancarkan sinarnya, aku memandang ke arah banggunan berkembar dari tingkap yang dibina sekitar tahun 1998, masih lagi gah pada paksinya. Jika ditakdirkan ia senget, pasti esok hari akan menjadi tajuk utama muka depan akhbar dan dalam laporan pasti ada “saksi yang tidak mahu dikenali namanya” yang mungkin merupakan hasil imaginasi wartawan yang tidak lagi mementingkan etika kewartawanan yang dia pernah belajar dulu. Asalkan sedap untuk dibaca dan jualan akhbar meletup, bukan ada orang yang tahu..ah, aku dah mula berhalusinasi! Back to the topic..
Disepanjang hayat aku yang tak seberapa panjang ini, aku dah bertemu ramai orang yang mempunyai tanggapan berbeza tentang rezeki. Ya, mereka percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa, tetapi betapa yakinkah mereka? Nak aku ingatkan disini, percaya dan yakin adalah dua perkara yang berbeza.
Jika mereka yakin, mereka tak akan menggunakan kabel untuk memohon kerja!
Jika mereka yakin, mereka tak akan menggunakan wang kopi untuk mendapatkan kontrak!
Jika mereka yakin, mereka tak akan terlibat dalam rasuah!
The list goes on…
Aku tak tahu dimana letaknya keyakinan golongan-golongan ini. Mungkin letaknya pada pangkat, kuasa dan wang ringgit. Jadi tak hairanlah bila ada orang kata kuasa dan wang merupakan sumber segala kejahatan.. What more can I say? Minda masyarakat kita already corrupted!
Sudah-sudahlah dengan rasuah, kabel dan wang kopi.. dan bersangka baiklah dengan Allah walaupun kita tak dapat apa yang kita nak. Allah sentiasa mengatur agenda yang terbaik buat hamba-hambaNya. Jika kita tak dapat apa yang kita nak, jawab soalan ini, siapakah kau dan aku untuk melawan agenda yang disusun oleh Dia? Bersyukurlah dengan apa yang dah ada.
Nota kaki: To all my friends, gua sekarang ada di KL. Sorry tak dapat bagitau awal-awal sebab aku ada agenda aku yang tersendiri..

Gambar ni gua cilok kat Google je, malas nak ngedit, banyak keje..
Kawan-kawan terdekat aku semua dah sedia maklum yang aku tak lagi menggunakan perkhidmatan Facebook. Ini bukan bermakna perkhidmatan Facebook tu sangat ‘sedut’, aku akui yang hasil ciptaan si Mark Zuckerberg ni sangat brilliant. (Mr. Zuckerberg, ko dah boleh transfer duit kopi kat aku.Cheque aku taknak, lambat. Use Maybank lah? If not, CIMB also can meh..)
Oh, pengunduran aku dari Facebook juga bukan disebabkan oleh si Mark ni berbangsa Yahudi. Kalau diikutkan dari pemahaman aku, bukan semua orang Yahudi ikut perangai Zionis laknat tu. Dah memang ditakdirkan dia dilahirkan sebagai bangsa Yahudi, takkan nak letak semua dosa Zionis laknat tu kat dia? Kenyataan ni jugak bukan bermaksud aku menafikan hak rakyat Palestine, aku menyokong penuh perjuangan diorang dari dahulu, sekarang dan selamanya. Allahuakbar!
Entri ini bukan merupakan satu hasutan aku kepada korang untuk tinggalkan Facebook. Semua tu atas diri sendiri la, masing-masing dah besar panjang. Jika Facebook banyak bagi faedah pada kau, teruskan la.
Tapi tak payah la sampai nak cakap kau tak boleh hidup tanpa Facebook. Kalau dah sampai ke tahap jahanam macam ni, aku cadangkan time kau nak mati nanti, bawak la masuk Facebook sekali dalam kubur. Dah hidup pun tak boleh tanpa Facebook, dah mati apatah lagi,kan? Jangan lupa add friend dengan Mungkar and Nakir ye? Nanti aku LIKE!
“Tak guna Facebook? Apa punya ketinggalan zaman daaa?”
Pergh, kaw-kaw jugak ayat kau ni eh? menusuk kalbu sampai terkoyak rabak usus aku ni rasanya. Setakat guna Facebook, pastu anggap diri advance gila, aku tak pandang la macha~! Kau tu pengguna sistem yang orang lain buat je, tak payah la nak berlagak mengalahkan Mr. Zuckerberg tu. (Sah bertambah lagi duit kopi aku lepas ni..)
Okay, dah selesai sesi pemanasan mata, tujuan sebenar aku buat post ni sebenarnya nak gelakkan balik kat korang yang kerek guna Facebook tu. Sebab aku ada dengar ura-ura yang Mark Zuckerberg nak tutup Facebook on incoming 15 March 2011 ni sebab penat melayan karenah korang yang makin melampau-lampau tu.
Jangankan kata si Zuckerberg ni aje, maybe tenuk, ungka, orang utan dan seangkatan dengannya kat zoo pun naik menyampah tengok perangai korang dalam facebook. Untuk berita lanjut pasal riwayat Facebook , sila baca di SINI.
Jika berita ini sahih, “aku sangat menyokong tindakan ko Mr. Zuckerberg! Kalau ko nak transfer domain Facebook.com kat aku pun, aku terima dengan hati sangat-sangat terbuka!”
Jika berita ini auta, “mehhhhh what more can I say Mr. Zuckerberg? WTF do you want actually? Want me to kick your a** off? My pleasure..”
Sebelum aku tamatkan entri ni,
HAHA! (dalam Bahasa Melayu)
LOL! LMAO! ROFL! (in English)
Sedap tak dibuat sebagai halwa telinga?
UPDATE (7 February 2011): False Alarm! Rumour starters..you saks!









Cara-cara menangani komen-komen biadap
Bijak? Memang bijak! (rancangan Clever) ..dari nenek kau!
Pernah juga blog aku disinggah oleh komen-komen yang tak sedap mata memandang. Sampai aku wonder,macam mana top blogger menangani komen-komen biadap dalam blog diorang tu. Kalau sehari dapat 1000 komen biadap, tak ke mentally stress diorang tu? Selepas buat beberapa kajian (ada macam saintis? aku kan bijak?) aku dapati ada ciri-ciri tertentu pada tukang komen biadap ni, antaranya adalah:
1. Ayat dalam komen tu sengaja nak buat orang naik angin. Bak kata-kata pujangga budak-budak muda sekarang ni “Langsi Habes~!”.
2. Penakut tahap gaban. Gunakan nama dan email fake yang common nak mampos. Come on la, tak gentle langsung. Apa yang ko nak takut? Ko ingat aku pembunuh upahan ke ape, apekebende la ko ni?
3. Tak ada sense of humour. Entri baru kutuk-kutuk manja sikit. Dah nak nangis melalak-lalak kat comment box.