May
31

Susulan kontroversi Everybody Draw Mohammed Day

Seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam telah dicabar dengan kontroversi Everybody Draw Mohammed Day yang secara terang-terangan ingin menggalakkan semua orang untuk melukis gambar Nabi Muhammad S.A.W. Jika ada antara kau yang tak tahu tentang perkara ini, aku ada sedikit ringkasan tentang hari yang sangat kontroversi ni.

Segalanya bermula apabila siri kartun South Park yang diusahakan oleh Comedy Central telah menganimasikan watak yang memakai kostum beruang sebagai Nabi Muhammad S.A.W .Ia ditayangkan pada awal bulan April 2010 di dalam episod 200 dan 201. Setelah mendapat tentangan dari Revolution Muslim, Comedy Central sendiri telah menapis episod-episod tersebut dengan membuang perkataan “Muhammad”.

Siapa yang timbulkan idea untuk buat hari yang tak masuk akal ni? Beliau adalah seorang kartunis wanita yang bernama Molly Norris di dalam sebuah lukisannya yang memaparkan objek seperti cawan kopi, buah ceri dan sekotak pasta, yang mana setiap objek tersebut disifatkan hampir kepada sifat Nabi Muhammad S.A.W.. Dia memaklumkan bahawa idea beliau bukanlah untuk mengutuk agama Islam tetapi untuk menggalakkan kebebasan bersuara.

Aku tak faham kenapa nak membabitkan agama lain untuk menggalakkan kebebasan bersuara, gunakan agama engkau cukuplah. Agama Islam adalah sebuah agama, bukan seperti agama engkau yang dilayan seperti sebuah budaya dan yang boleh dibuat bahan gurauan. Tetapi pada 1 Mei 2010, Norris telah meminta maaf kepada semua Muslim dengan lukisan asal yang diubah suai.

Tidak cukup dengan itu sahaja, manusia jahil bernama Jon Wellington telah mencipta page Facebook Everybody Draw Mohammed Day. Wujudnya page ini telah menyebabkan kerajaan Pakistan menyekat akses internet ke laman Facebook dan Youtube atas tujuan protes terhadap hari tersebut.

Sejam sebelum entri ini di publish kan, kerajaan Pakistan telah menarik balik penyekatan akses internet ke laman Facebook setelah pihak Facebook membuang page Everybody Draw Mohammed Day dan material-material yang disubmit ke dalam page tersebut walaupun sebelum ini diorang bertegas bahawa page tersebut tidak melanggar syarat-syarat Facebook. Facebook juga telah meyakinkan kerajaan Pakistan bahawa perkara seperti ini tidak akan lagi berlaku di masa akan datang. Alhamdulillah.

Ini bukan kali pertama agama Islam dicabar oleh tindak tanduk orang-orang Barat, mungkin kau masih ingat tentang Filem Kontroversi Fitna pada satu masa dahulu. Diharapkan kita akan ditetapkan iman sebagai seorang Muslim sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Insya-Allah.

???? ??? ???????? ???????? ?????? ??????? ??????? ?????????? ???????? ??????? ???? ?????? ????????????? ????????? ?? ?????? ???? ???? ??????? ????????? ????????? ????????? ??????????? ?????????? ????????? ??????? ???????? ????????? ????????????? ????????????? ??????????? ???????????

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.

kredit: Abidfana.com

p/s: Aku tengah terfikir, korang berselawat ke atas Nabi ke tak bila baca entri aku kali ni? Kalau tak lagi, silakan lakukan demikian sekarang. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W nanti. Insya-Allah.


Ditulis oleh pada 31 May 2010
Gula-Gula Google:agama islam cabaran agama islam creators of south park draw muhammad everybody draw mohammed day hari melukis nabi muhammad matt stone prophet muhammad protest draw muhammad day radical muslims south park

1 Comments

1

Norris telah meminta maaf kepada semua Muslim dengan lukisan asal yang diubah suai…

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]