Soal Rezeki
Di kala matahari dengan riak memancarkan sinarnya, aku memandang ke arah banggunan berkembar dari tingkap yang dibina sekitar tahun 1998, masih lagi gah pada paksinya. Jika ditakdirkan ia senget, pasti esok hari akan menjadi tajuk utama muka depan akhbar dan dalam laporan pasti ada “saksi yang tidak mahu dikenali namanya” yang mungkin merupakan hasil imaginasi wartawan yang tidak lagi mementingkan etika kewartawanan yang dia pernah belajar dulu. Asalkan sedap untuk dibaca dan jualan akhbar meletup, bukan ada orang yang tahu..ah, aku dah mula berhalusinasi! Back to the topic..
Disepanjang hayat aku yang tak seberapa panjang ini, aku dah bertemu ramai orang yang mempunyai tanggapan berbeza tentang rezeki. Ya, mereka percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa, tetapi betapa yakinkah mereka? Nak aku ingatkan disini, percaya dan yakin adalah dua perkara yang berbeza.
Jika mereka yakin, mereka tak akan menggunakan kabel untuk memohon kerja!
Jika mereka yakin, mereka tak akan menggunakan wang kopi untuk mendapatkan kontrak!
Jika mereka yakin, mereka tak akan terlibat dalam rasuah!
The list goes on…
Aku tak tahu dimana letaknya keyakinan golongan-golongan ini. Mungkin letaknya pada pangkat, kuasa dan wang ringgit. Jadi tak hairanlah bila ada orang kata kuasa dan wang merupakan sumber segala kejahatan.. What more can I say? Minda masyarakat kita already corrupted!
Sudah-sudahlah dengan rasuah, kabel dan wang kopi.. dan bersangka baiklah dengan Allah walaupun kita tak dapat apa yang kita nak. Allah sentiasa mengatur agenda yang terbaik buat hamba-hambaNya. Jika kita tak dapat apa yang kita nak, jawab soalan ini, siapakah kau dan aku untuk melawan agenda yang disusun oleh Dia? Bersyukurlah dengan apa yang dah ada.
Nota kaki: To all my friends, gua sekarang ada di KL. Sorry tak dapat bagitau awal-awal sebab aku ada agenda aku yang tersendiri..
Ditulis oleh
