Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Faeiz ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha pada esok hari (17 November 2010) buat semua saudara dan rakan-rakan. Syahdu aje bila dengar laungan takbir raya bergema dari corong speaker surau.
Esok pagi aku harap tak ada la keluar berita orang kena tanduk dengan lembu mengamuk, serius lawak old time ni. Kepada yang menunaikan ibadat haji, aku doakan kau semua dapat haji yang mabrur.
Ini adalah beberapa aktiviti biasa yang aku buat pada hari raya aidiladha setiap tahun.
1. Pergi solat sunat hari raya.
2. Pergi tengok orang sembelih lembu/kibas/unta , tolong apa yang patut saja. Time ni orang kita akan menunjuk-nunjuk parang dan pisau yang paling cantik dan paling ganas dalam koleksi dia. Kalau menunjuk saja tak apa, siap perli-perli orang yang guna pisau biasa. Ko tu dah tua, fikiran matang sikit la dey!
3. Daging dalam peti ais rumah aku akan seriously banyak. Jadi aku akan bertukar profession sebagai Chef Steak Daging BlackPepper untuk mengosongkan kembali peti ais aku tu.
Itu saja kot apa yang aku akan buat. Kau ada cadangan lain apa yang perlu dibuat pada Hari Raya Aidiladha ni? Maybe ada aktiviti ‘rare’ yang tak pernah aku buat di hari raya Aidiladha ni, who knows?
p/s: Aku dah sumbatkan kotak shoutbox di sebelah kanan blog ni. Klik saja pada tab “Shoutbox” tu, shoutbox akan keluar. Tinggalkan pesanan ringkas di situ ye? Kalau nak spam pun ikut suka kaulah, tapi biarlah berhemat. Terima kasih pada tutorial Anarm.net .
Ditulis oleh
4 Comments
November 17th, 2010 at 9:56 am
salam aidiladha
November 17th, 2010 at 8:48 pm
salam aidiladha dr myFirdaus… jaga diri, jaga makan…
November 18th, 2010 at 1:24 am
Salam Aidiladha kepada ko jugak amanz.
November 18th, 2010 at 1:25 am
Salam aidiladha kepada ko jugak myFirdaus, hari ni dah terover eat. haha. daging sangat sedap.