Isu Gelang Magnet AC Mizal dan Bisnes MLM
Pagi ni dengan menghirup secawan IndoCafe panas(Kopi import dari Indonesia ni pak~) telah memotivasikan aku untuk mengulas tentang isu bisnes gelang magnet AC Mizal dan Bisnes Multi-Level Marketing (MLM) yang sama waktu dengannya.
Isu Gelang Magnet AC Mizal
Jika korang pernah baca blog Aidid Mu’addib , korang dah sedia maklum berlakunya pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh beliau tentang bisnes MLM ni. Dari hukum hakam sampailah ke bukti yang solid dan tak dapat disangkal lagi dengan menggunakan ayat-ayat tahap “Super Laser”. Mamat ni tengah top sebab dia dah “selak” rahsia bisnes gelang magnet AC Mizal satu persatu, kes ni dah masuk paper and AC Mizal siap buat report polis. Untuk yang belum baca blog dia pasal pembongkaran rahsia bisnes gelang magnet AC Mizal,aku ada listkan beberapa link untuk korang baca.
Gelang AC Mizal – A Disaster Waiting To Happen
Gelang AC Mizal – Bayang Bala Di Ufuk Timur
Gelang AC Mizal – Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh!
Aku letak tiga link saja kat sini, kalau korang nak lebih, pandai-pandai la selak blog si Aidid ni. Aku promise, masa korang sangat berbaloi dengan baca post-post beliau. Damn serious!
Pandangan peribadi aku tentang MLM
Next, aku nak ulas pandangan peribadi aku tentang bisnes MLM. Pada mulanya agak berat bagi aku nak mengulas tentang MLM ni sebab nak menjaga hati saudara dan rakan-rakan aku yang involved, tapi aku harap diorang faham yang coretan ni hanya sekadar pandangan peribadi aku. Nak terima, ambik. Kalau tak nak, carry on. Harap diorang dapat baca entri aku kali ni dengan fikiran yang terbuka.
Mulanya aku nak bagitau dengan bersuara pada korang, tapi berat betul mulut ni rasanya. Jadi aku gunakan jari jemari aku saja untuk lontarkan pandangan picisan aku ni.Jika ada kesalahan dalam pandangan aku untuk hal ni, nyatakan pandangan korang di ruangan komen.
Bisnes MLM bukan satu bisnes yang baru (is it valid to call MLM a business? You tell me). Aku pun pernah involve dengan bisnes ni suatu ketika dulu (apa ntah nama syarikat tu, Sanden Beruk or something, I bet you’ve heard it right?) , but that is the first and the last. Bukan sebab time tu aku tau hukum hakam MLM ni,time tu hukum pun belum dipublish lagi rasanya.
Alhamdulillah, Allah bukakan mata hati aku untuk nampak bisnes ni yang main profit bukan datang dari penjualan produk, tetapi lebih ke arah komisen jika dapat mengajak orang lain untuk lakukan perkara yang sama. Aku rasa tak perlu nak aku ceritakan hukum MLM disini, jika kau nak tahu jugak, ni link untuk penerangan tentang MLM beserta dengan hukum dan sebab.
Apakebendenye Skim Piramid Tu Yeop?
Now let’s do some comparison, apa perbezaan antara kau menjawat jawatan promoter dalam mana-mana syarikat dan join bisnes MLM? Jika kau jadi promoter in any company, kau akan dapat gaji setiap bulan dan maybe kau akan dapat bonus berdasarkan prestasi kerja kau. Macam mana dengan join MLM? Dah la kau keluarkan duit, then kau pulak jalankan promosi. Tak obvious ke benda ni? Syarikat MLM tu seronok je mengusap perut sebab dapat promoter free, tambahan lagi, dapat pulak untung dari barang yang korang beli untuk join syarikat diorang.
Ya..ya..aku dengar korang kata keluarkan duit untuk MLM tu sama la macam keluarkan modal untuk real business. Tak payah la kuat sangat, ingat aku pekak ke? Kau pernah dengar risk and rewards (risiko dan ganjaran)? Risk and rewards dalam MLM adalah constant (tetap), maksud aku kau tak berhak untuk ubah risk and rewards tu sebab semuanya dah ditentukan oleh syarikat MLM tu sendiri.
Risk (modal untuk join MLM) dah ditetapkan malahan rewards yang bakal korang dapat pun dah ditetapkan. Benda ni jauh berbeza dengan bisnes sebenar yang kau sendiri boleh manage risk and rewards sendiri. Berapa banyak kau nak risikokan modal dan berapa banyak keuntungan yang kau nak untuk teruskan bisnes. Ya! Business is mainly about management, tapi MLM tak bagi kau option ni. Macam mana kau boleh kata kau adalah a part of that MLM company? Supply and demand (Pernawaran dan permintaan) macam mana pulak? Ada kau fikir pasal benda ni sebelum join MLM? Fikir la sekarang.
Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan yang join MLM adalah orang yang dah ada pekerjaan tetap tapi tak pernah nak rasa cukup (buat MLM untuk side income, katanya~). Kalau nak bahasa kasarnya, tak pernah nak ada rasa bersyukur. Allah dah kasi kau kerja, kau kerja la betul-betul. Kau ada tanggungjawab keatas employer kau, kau perlu fulfill employer yang kasi kau gaji tiap-tiap bulan tu. Kalau kau nak sangat buat bisnes, quit your day job dan start the real business. Banyak lagi fresh undergraduate menganggur nak fill up jawatan kau tu, jangan la tamak haloba sangat.
Dah cukup kot aku mengomel rasanya, kalau ada yang panas telinga baca entri aku kali ni, jangan la ambil hati. Macam aku cakap awal-awal tadi, ini pandangan peribadi aku saja. Kalau telinga tu panas jugak, rendam la telinga tu dalam air ais. Lama-lama okay la kot..Teehee!
Ditulis oleh

2 Comments
March 26th, 2011 at 2:27 pm
SALAM SAUDARA….SAYA DAH PUN SELESAI MEMBACA KOMEN SAUDARA DI ATAS…MAAF ANDAI TEGURAN INI MEMBUAT SAUDARA KURANG SENANG….TERLEBIH DAHULU SAYA NASIHAT KEPADA SAUDARA AGAR MEMBUAT SEDIKIT RESEARCH TERLEBIH DAHULU TENTANG 'MLM'
APAKAH DEFINASI SEBENAR 'MLM'? MLM ADALAH SANGAT BERBEZA DENGAN SKIM PIRAMID DAN SKIMCEPAT KAYA….HUBUNGI SAYA DI TALIAN 014-6352208 ANDAI SAUDARA MAHU BERKONGSI ILMU DENGAN SAYA.
FAKTA MENGATAKAN PULANGAN TETAP SETIAP BULAN TIDAK WUJUD DIDALM 'MLM'…SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA USAHA SAUDARA…JIKA ADA YANG MENJANJIKAN MAKA ITULAH SKIM CEPAT KAYA@PIRAMID…BERKENAAN RISK & REWARD IA JUGA BERLAKU KETIKA KITA "MKN GAJI"….CUBA RENUNG MAKSUD RISK & REWARD.
DAN KITA JUGA BERHAK MENETUKAN RISK & REWARD DI DALAM 'MLM'…SEMUANYA BERGANTUNG PD USAHA.
TERLELU BANYAK UNTUK DITERANGKAN MELALUI PENULISAN….JIKA SAUDARA BENAR BERHAJAT UNTUK MEMBANTU SESAMA ISLAM DAN MELAYU…HUBUNGI SAYA UNTUK BERKONGSI ILMU…SEKIAN
April 2nd, 2011 at 12:03 am
Salam saudara Firdaus, terima kasih atas penerangan yang panjang lebar. Tapi saya rasa saudara perlu melakukan sedikit research bagaimana untuk turn off 'CAPS LOCK'.