Hadiri kursus kahwin anjuran Zaliny Enterprise

Pada 2 Oktober 2010 yang lepas, aku dah attend Kursus Kahwin anjuran Zaliny Enterprise di Peruda, Alor Setar, Kedah. Sebenarnya bukan aku nak sangat pegi pun. Pegi pun sebab kesian tengok muka si Pidot yang beria-ia nak ajak aku pegi, alasannya boring kalau pegi sorang-sorang. (owh, kursus nak ramai-ramai, kawin nanti nak ajak aku kawin sekali tak? haha!)
Kepada adik-adik yang tak pernah hadiri kursus kahwin lagi, kursus kahwin sekarang ni dah dilanjutkan tempoh jadi dua hari. Mungkin disebabkan kes cerai berai yang kerap berlaku di akhir zaman ni. Jahanam betul, sebab diorang la kita jadi mangsa keadaan. hehe.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70. Termasuk dalam yuran itu, kau akan dapat fail yang mengandungi buku “Memasuki Gerbang Perkahwinan” , pen sebatang dan kertas yang dicetak dengan beberapa info pasal perkahwinan.
Pada hari pertama, kami pergi kursus ni secara threesome bertiga (Aku, Pidot dan Mat Jan). Sebelum tu aku dah rancang nak makan roti canai. Apa la malang hari tu, kat area Peruda tu satu kedai pun tak jual roti canai. Serius haritu aku gila apa entah nak sangat makan roti canai (mengidam kot?). “Mungkin hari ini hari Sabtu, sebab tu kedai roti canai tutup”, bisik hatiku. (Pergh, ayat novel siot!)
Ah, pegi jahanam pasal ke’sangap’an aku pada roti canai. Ceramah pada hari tu disampaikan secara direct to the point dan penuh dengan lawak jenaka. Awas! Jika kau sangat mudah nak gelak, mungkin urat gelak kau berisiko untuk terputus kalau attend kursus ni. hehe. (Individu yang mempunyai profesion sebagai tentera/komando dan menjalani kehidupan yang serius adalah terkecuali)
Time aku hadiri kursus kahwin ni, ada seorang Muallaf Chinese bernama Ashraf Lau attend kursus kahwin ni jugak. Aku nak ucapkan kepada beliau selamat menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan harap kau dapat bina sebuah keluarga Islam yang baik.
Pada hari kedua, ceramah disampaikan dengan penuh sopan santun dan berlapik. Tapi banyak tips menggunakan ayat Al-Quran untuk kasi pasangan sayang gila kat kita lepas kita kawin nanti. Kalau nak tahu, pegi la kursus ni, korang ni nak free aje.. hehe. Kalau kau dah kahwin pun, boleh pegi. Diorang tak tanya status kau aih~
Ini senarai tajuk ceramah yang akan kau dengar jika kau bercadang nak hadiri kursus kahwin anjuran Zaliny Enterprise ni:
Hari Pertama
1) Akhlak.
2) Pengurusan Kesihatan.
3) Perkhidmatan Rundingcara/ Pembubaran Perkahwinan.
4) Ibadah/ Pengurusan Sumber.
Hari Kedua
1) Hubungan Keluarga/ Komunikasi Suami dan Isteri.
2) Akidah/ Pengurusan Stress dan Konflik.
3) Prosedur Perkahwinan/ Soal Jawab.
Disini aku letakkan beberapa kelebihan dan kekurangan jika korang attend kursus kahwin anjuran Zaliny Enterprise ni:
Kelebihan (Pro)
1) Penceramah yang sangat petah,pandai berinteraksi dan buat suasana menjadi tidak bosan.
2) Tempat kursus sangat dekat dengan Supermarket Pacific, korang boleh makan McD time rehat.
3) Dewan kursus yang kondusif dan tempat duduk lelaki dan wanita diasingkan.
Kekurangan (Contra)
1) Yuran yang korang bayar tidak disertakan bersama makan pagi dan tengahari. Cuma dapat air kotak pada setiap tamat kursus.
2) Satu tu je rasanya kot?
Secara keseluruhan, aku sangat recommend kau daftar di Zaliny Enterprise untuk kursus kahwin sebelum tempoh kursus kahwin dilanjutkan untuk seminggu. Tapi kalau kau suka nak attend kursus untuk seminggu, sila tunggu. hehe.

p/s: Selamat pengantin baru kepada Zhafri Shah dan Selamat berkahwin kepada kawan lamaku, Najib & Farihan! Kalau anak ramai sangat nanti, reserve kat aku sorang, nak buat jadi bini nombor-4 ! ngee~!
Ditulis oleh
6 Comments
October 6th, 2010 at 12:47 am
cantek2.. nasib ang x cita pasai ari kedua.. x dpt mkn roti canai lagi.. hahaha.. apa2 pun. tahniah kepada kita bertiga.. menjalani mission dengan jayanya.
October 6th, 2010 at 1:03 am
naseb yang malang btoi, roti canai anti kat aku hari tu. dem.
mission kursus dengan jayanya…mission satu lagi fail..huhu.
October 6th, 2010 at 4:14 pm
haha… nnt aku balik kt repeat mkn roti canai… k.. pena sisha skali haha.. kat nashmir
October 6th, 2010 at 7:47 pm
Shisha lagi ang, aku dah tak bernafsu dah nak bershisha lepas kena aritu. Haram tak abeh flavour lagi, dah blah.
Haha!
December 9th, 2010 at 9:47 am
weh bleh x kasi num contact zalini enterprise??????aku dah bengong dah cri tempat kusus kat alorsetar nh
December 9th, 2010 at 9:58 am
Aku dah hantar email kat ko, please check email ya?