Jan
09

Facebook akan tamat riwayat 15 March 2011?

Gambar ni gua cilok kat Google je, malas nak ngedit, banyak keje..

Kawan-kawan terdekat aku semua dah sedia maklum yang aku tak lagi menggunakan perkhidmatan Facebook. Ini bukan bermakna perkhidmatan Facebook tu sangat ‘sedut’, aku akui yang hasil ciptaan si Mark Zuckerberg ni sangat brilliant. (Mr. Zuckerberg, ko dah boleh transfer duit kopi kat aku.Cheque aku taknak, lambat. Use Maybank lah? If not, CIMB also can meh..)

Oh, pengunduran aku dari Facebook juga bukan disebabkan oleh si Mark ni berbangsa Yahudi. Kalau diikutkan dari pemahaman aku, bukan semua orang Yahudi ikut perangai Zionis laknat tu. Dah memang ditakdirkan dia dilahirkan sebagai bangsa Yahudi, takkan nak letak semua dosa Zionis laknat tu kat dia? Kenyataan ni jugak bukan bermaksud aku menafikan hak rakyat Palestine, aku menyokong penuh perjuangan diorang dari dahulu, sekarang dan selamanya. Allahuakbar!

Entri ini bukan merupakan satu hasutan aku kepada korang untuk tinggalkan Facebook. Semua tu atas diri sendiri la, masing-masing dah besar panjang. Jika Facebook banyak bagi faedah pada kau, teruskan la.

Tapi tak payah la sampai nak cakap kau tak boleh hidup tanpa Facebook. Kalau dah sampai ke tahap jahanam macam ni, aku cadangkan time kau nak mati nanti, bawak la masuk Facebook sekali dalam kubur. Dah hidup pun tak boleh tanpa Facebook, dah mati apatah lagi,kan? Jangan lupa add friend dengan Mungkar and Nakir ye? Nanti aku LIKE!

“Tak guna Facebook? Apa punya ketinggalan zaman daaa?”

Pergh, kaw-kaw jugak ayat kau ni eh? menusuk kalbu sampai terkoyak rabak usus aku ni rasanya. Setakat guna Facebook, pastu anggap diri advance gila, aku tak pandang la macha~! Kau tu pengguna sistem yang orang lain buat je, tak payah la nak berlagak mengalahkan Mr. Zuckerberg tu. (Sah bertambah lagi duit kopi aku lepas ni..)

Okay, dah selesai sesi pemanasan mata, tujuan sebenar aku buat post ni sebenarnya nak gelakkan balik kat korang yang kerek guna Facebook tu. Sebab aku ada dengar ura-ura yang Mark Zuckerberg nak tutup Facebook on incoming 15 March 2011 ni sebab penat melayan karenah korang yang makin melampau-lampau tu.

Jangankan kata si Zuckerberg ni aje, maybe tenuk, ungka, orang utan dan seangkatan dengannya kat zoo pun naik menyampah tengok perangai korang dalam facebook.  Untuk berita lanjut pasal riwayat Facebook , sila baca di SINI.

Jika berita ini sahih, “aku sangat menyokong tindakan ko Mr. Zuckerberg! Kalau ko nak transfer domain Facebook.com kat aku pun, aku terima dengan hati sangat-sangat terbuka!”

Jika berita ini auta, “mehhhhh what more can I say Mr. Zuckerberg? WTF do you want actually? Want me to kick your a** off? My pleasure..”

Sebelum aku tamatkan entri ni,

HAHA! (dalam Bahasa Melayu)

LOL! LMAO! ROFL! (in English)

Sedap tak dibuat sebagai halwa telinga?

UPDATE (7 February 2011): False Alarm! Rumour starters..you saks!


Ditulis oleh pada 9 January 2011
Gula-Gula Google:facebook close facebook end facebook tamat facebook tutup

Leave a Comment

Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter

ShoutMix chat widget
[close]