
Perlawanan persahabatan antara Liverpool dan Valencia ditayangkan secara langsung menerusi channel Astro 817 pada 6 Ogos 2011 sudah berakhir. Kemenangan telah diraih oleh Liverpool menerusi satu gol oleh Andy Carroll pada minit ke-7 dan satu lagi gol oleh Dirk Kuyt pada minit akhir perlawanan menjadikan keputusan 2 – 0. Perlawanan ini diadakan di Anfield, Liverpool, England.
Walaupun jaringan gol yang dihasilkan tidak sebegitu menarik, tetapi gaya permainan yang dipersembahkan oleh Liverpool boleh dipuji. Aku tengok gaya permainan Liverpool sekarang dah semakin laju beserta dengan passing yang menarik.
Dalam perlawanan ini, Glen Johnson mengalami kecederaan pada minit awal permainan dan memberi ruang kepada Martin Kelly untuk mengambil posisi beliau. Aku harap kecederaan yang dialami oleh Glen Johnson tidak begitu teruk kerana Premier League just around the corner. ![]()

Sony Playstation akan dijangka release satu lagi produk yang bernama Playstation Vita atau PSVITA pada 31 Disember 2011 untuk pasaran Malaysia nanti. Harga yang dijangka adalah $249 atau diconvert dalam Ringgit Malaysia adalah dalam likungan RM749.40 .
Secara peribadi, aku tak berapa berminat dengan platform game yang menyerupai PSP ni sebab aku tak selesa bila arrow button dan action button dipisahkan terlalu jauh, disebabkan oleh screen yang terletak di tengah-tengah.
Perasaan tak selesa ni timbul mungkin disebabkan aku dah terbiasa main game console Playstation yang menggunakan analog controller yang mempunyai area untuk genggaman yang lebih kemas. Kepada hardcore fans PSP, dibawah ni aku tunjukkan spesifikasi bagi PSVITA ni. ![]()
Kelajuan loading blog adalah salah satu faktor untuk mengelakkan pengunjung blog korang ambil masa yang lama untuk lihat blog korang. Kebanyakan pengunjung akan cepat rasa menyampah bila blog korang tu lambat untuk load. Blog yang pantas untuk load juga dapat mengelakkan korang diberi ‘kad merah’ oleh Search Engine seperti Google.
Pernah tak korang test berapa lama yang diambil untuk blog korang load sepenuhnya? Disini aku nak share satu tools percuma yang digunakan untuk analisa load time bagi blog atau web. Aku gunakan pingdom.com untuk melaksanakan tugas murni ni. So far, perkhidmatan yang disediakan sangat aku puas hati, sebab: ![]()


